CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3804|Reply: 26

Teringin Nak Jadi Kaki Report? - Jom Lapor Kesalahan Pengguna Jalanraya Pada JPJ

[Copy link]
Post time 28-5-2019 02:02 PM | Show all posts |Read mode





Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, telah merasmikan Ops Bersepadu dan Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Aidilfitri Peringkat Kebangsaan 2019 pada 27 Mei 2019 sempena Perayaan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Kebangsaan Tahun 2019. Ops Bersepadu tahun ini bertemakan 'Pandu Cermat, Sampai Selamat' ini akan bermula pada 29 Mei sehingga 13 Jun 2019.
  


  Pada Ops kali ini, Anthony Loke memberi peluang kepada orang ramai untuk melaporkan sebarang salah laku pengguna jalan raya terus kepada Jabatan Pengangkutan Jalan ( JPJ ). Menurut beliau , “Jika ada pemandu sengaja memandu di lorong kecemasan, kita mengalu-alukan orang ramai untuk salurkan aduan supaya tindakan dapat diambil,” jelas beliau menerusi Berita Harian.

  


  Orang awam boleh membuat laporan salah laku pengguna jalan raya dengan menyertakan maklumat seperti berikut:




Selain kesalahan menggunakan lorong kecemasan, anda juga boleh melaporkan pelbagai kesalahan lain antaranya memotong barisan. Namun, orang ramai tiada hak untuk mengambil tindakan sendiri dan haruslah menyerahkannya kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut.  








Loke juga berkata, sempena perayaan Aidilfitri ini, Kementerian Pengangkutan mengeluarkan larangan terhadap kenderaan berat untuk menggunakan jalan raya selama lima hari bermula pada 1, 2, 3, 8 dan 9 Jun ini.





  Menurut Loke lagi, Pasukan Penguatkuasaan JPJ  akan ditempatkan di kawasan Rehat dan Rawat (RnR) dan Hentian Sebelah sepanjang Ops Bersepadu sempena Aidilfitri . Pasukan ini akan menjalankan pemeriksaan secara rawak terhadap pengguna jalan raya dalam usaha mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.

  


  Semoga Ops kali ini dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya yang meningkat tiap kali adanya musim perayaan. Apapun, semoga kita semua memandu secara berhemah dan berhati-hati. Sila berehat secukupnya sebelum memulakan perjalanan dan rancanglah perjalanan anda. - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2019 02:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Okay...........
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2019 04:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Yessss... aku nak ready camera je kat hiway ni. Siaplah siapa yg guna lorong kecemasan {:stress
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2019 04:17 PM | Show all posts
tp lately ni aku tgk mmg dh ramai ade kesedaran utk tak pakai emergency lane
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2019 04:26 PM | Show all posts
bgus loke ni.nampak la bnyk yg die buat kerja. bukan takat sembang mambang.

moh la kita pakat2 report kalau nampak.
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2019 05:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Chairman: tp lately ni aku tgk mmg dh ramai ade kesedaran utk tak pakai emergency lane



Tapi masih kurang kesedaran dengan penggunaan phone. Aku geram dah lah main phone, lepas tu melelong kiri kanan, and bawak slow.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-5-2019 05:58 PM | Show all posts
sikit2 nak report, sikit2 nak report

kesian mod korang baruakan cam anjing kul 3 pagi terpaksa bangun tuk urus report korang

bahahahha

bodoh cambabi buat kerja bodoh cambabi

Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2019 06:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Teringin nak report driver bas kilang yang suka bawa laju2, ikut lane kanan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2019 06:26 PM | Show all posts
ni sesuai diaplikasikan kat pulau people yang sememangnya drive macam setan
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2019 06:39 PM From the mobile phone | Show all posts
hyie replied at 28-5-2019 06:26 PM
ni sesuai diaplikasikan kat pulau people yang sememangnya drive macam setan

Hahahaa kan.. Pulau tu.. Pemandu mereka tak berdisplin sungguh! Lorong 1 line boleh dijadikan 3 line.. Giler sungguh.
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2019 06:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Repot mmg syok tapi x syok bila pesalah x ngaku dan perepot terpaksa ke mahkamah jadi saksi
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2019 06:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku nak report pemandu lembab yang suka2 dia je bersiar2 kat lane kanan 60km/j.. mmg hangin betul bila ko dah potong dari kiri tengok depan dia kosong.. xde common sense langsung.. kategori pencuri gak ni.. curi masa org..

Btw.. kalau Balik raya x yah la memecut.. ala kadar je tapi kalau nk bawak santai2 sembang2 ngan awek tolong ketepi pleaseeeee
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2019 06:44 PM | Show all posts
Driver guna phone sbb nak snap gambar pengguna lain yang langgar peraturan lalulintas tetapi gambar kelakuan dia menangkap gambar tu dirakam pengguna telefon yang lain. Macam mana pulak?

Paradox JPJ?

Bukan benda baru pun.. dulu2 pun dah ada.. JPJ bagi pengguna bebas membuat rakaman bukti dan aduan..
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2019 06:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Akak teringin nak repot orang bawa moto ke kreta perlahan dengan signal ke kanan, kita ikutlah perlahan tunggu dia belok tapi tak belok2 tiba2 belok ke kiri.
Ada yang elok bawa sebelah kiri bila kita nak potong dia boleh selamba belok ke kanan.
Ada yang tak ada signal kita tunggulah nak belok kanan tapi dah sampai simpang boleh dia belok simpang yang sama!
Kalau tak ada gambar setakat nombor plat laku ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-5-2019 08:34 PM From the mobile phone | Show all posts
kena ada detail lengkap kak..sebab nanti kita sebab pengadu kena bertanggungjawab atas aduan tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-5-2019 08:35 PM From the mobile phone | Show all posts
najib888 replied at 28-5-2019 06:44 PM
Driver guna phone sbb nak snap gambar pengguna lain yang langgar peraturan lalulintas tetapi gambar  ...

driver tak boleh rakam guna phone. kena mintak bantuan penumpang...atau guna dashcam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2019 08:59 PM | Show all posts
Bagilah setiap satu report RM10.
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2019 10:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Betul  ke ni... i dah byk kali report salahlaku jalanraya mcm road bully tu... takde sape yg layannn... Siap bukti video dashcam lg...  Pernah sekali kene himpit dgn kereta bmw smpai calar kereta... Pi report kt balai... io tu ckp takyahlahh... ni nama owner melayu.. pastu mcm tak mo layann... puittt la...
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2019 11:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Kaki report tu..jahat sgt bunyinyee...hehehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-5-2019 08:10 AM | Show all posts
Ali_x replied at 28-5-2019 11:00 PM
Kaki report tu..jahat sgt bunyinyee...hehehe

kah kah kah
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 10:10 AM GMT+8 , Processed in 0.069831 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list