Jho Low. Kredit foto: Yahoo! News
Individu paling dikehendaki pihak berkuasa di Malaysia, Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low didakwa terlibat dalam skandal seks terbesar di Korea Selatan.
Memetik laporan Coconuts KL pada 28 Mei, Jho Low merupakan salah seorang daripada dua pelabur dari Asia Tenggara yang bertemu dengan Ketua Pegawai Eksekutif YG Entertainment, Yang Hyun-Suk pada Julai 2014.
Selepas pertemuan itu, Jho Low dan seorang ahli perniagaan Thailand kemudian pergi ke sebuah kelab yang dimiliki Hyun-Suk.
Kelab tersebut dipercayai menawarkan perkhidmatan seks seperti dilaporkan oleh stesen penyiaran Korea Selatan, MBC yang turut menemu bual wanita-wanita yang terlibat dalam kegiatan tidak bermoral itu.
Walau bagaimanapun Hyun-Suk menafikan dia menjadi orang tengah dalam penawaran perkhidmatan seks.
Kaitan antara Jho Low dalam skandal itu menjadikan dia salah seorang individu yang dicari oleh pihak berkuasa Korea Selatan.
Jho Low dikehendaki di Malaysia kerana didakwa terlibat dalam skandal 1MDB. Kredit foto: Carian Google
Dia diketahui mempunyai hubungan yang rapat dengan pemain-pemain industri K-Pop malah dikatakan pernah membawa artis terkenal Korea Selatan, Psy untuk membuat persembahan sempena majlis sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Barisan Nasional (BN) pada 2013.
Semoga pihak berkuasa Korea Selatan lebih bernasib baik dalam usaha mengesan Jho Low yang sehingga kini masih gagal dibawa pulang ke Malaysia untuk disiasat atas dakwaan penglibatan dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB). -CARI |