View: 1686|Reply: 8
|
Cabut Kuku Kaki Anak-anak Untuk Buktikan Cinta Terhadap Teman Lelaki
[Copy link]
|
|
Seorang wanita bukan sahaja mendera tiga anaknya, malah dia tergamak mencabut satu daripada kuku jari kaki dari setiap kanak-kanak itu untuk memikat kekasihnya.
Foto: Mirror/CEN
Media Mexico melaporkan, Jennifer Marisol, 26, didakwa bertindak demikian atas permintaan teman lelakinya untuk membuktikan cinta antara mereka.
Bapa mangsa, Mauricio Alberto dikatakan membuat laporan mengenai perbuatan Jennifer kepada Pusat Keadilan Wanita di Ecatepec, Mexico.
Menerusi laman sosialnya, Alberto mendakwa teman lelaki suspek, Jose Omar Trujillo turut terbabit dalam penderaan terhadap anak-anaknya.
"Saya ingin meminta bantuan untuk mencari anak saya, Guillermo, 9, Samanta, 7, dan Melissa, 1, yang didera secara fizikal dan seksual oleh ibu mereka dan teman lelakinya," tulisnya.
Suspek bersama salah seorang mangsa
Foto: Mirror/CEN
Difahamkan, Alberto menemui beberapa video yang didakwanya menunjukkan suspek mendera kanak-kanak terbabit seperti mencubit dan menggoncang tubuh mangsa berusia setahun selain mendapati kuku jari kaki anak-anaknya dicabut.
Menurut media tempatan, kesemua mangsa yang kini dalam jagaan bapa mereka menjalani penilaian fizikal dan psikologi.
Sementara itu, Jennifer dilaporkan ditahan dan dalam siasatan keganasan rumah tangga, manakala tidak jelas sama ada teman lelakinya turut ditangkap.
Jose Omar Trujillo
Foto: Mirror/CEN
Sebelum penangkapannya, wanita itu mendakwa di Facebook bahawa bekas kekasihnya, Alberto membuat tuduhan berkenaan untuk mendapatkan hak penjagaan tiga anaknya.
Selain mendakwa dirogol dan dipukul Alberto yang baran ketika hamil, Jennifer mendakwa kononnya lelaki itu menghalaunya dan anak-anak dari rumah. - CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Bodohnya kau pompuan.. Macam vokuro bodohnya |
|
|
|
|
|
|
|
Bebal. Rot in hell please {:yameteh |
|
|
|
|
|
|
|
asal berlaki konsepnya boleh dipakai seantoreo dunia, hatta mehico sekalipun |
|
|
|
|
|
|
|
Orang lain bercinta orang lain yang berkorban dah kenapa |
|
|
|
|
|
|
|
kimak nye ppuan sial...mereput dan mereput selamanya ko. puiii |
|
|
|
|
|
|
|
Minah ni obviously sakit mental. Klu jantan tu nk juga kt dia tatau la |
|
|
|
|
|
|
|
Dah xde benda lain ke nak buat utk buktikan cinta..skit wooo cabut kuku kaki ! |
|
|
|
|
|
|
| |
|