Seorang remaja perempuan dikejarkan ke hospital gara-gara sakit perut dan menghadapi kesukaran untuk makan dan buang air besar.
Sin Chew melaporkan,remaja berusia 14 tahun dari Zheijang Ciha itu menderita apabila sejumlah besar 'bubble tea pearls' ditemui dalam perutnya.
CT Scan yang dijalankan itu mengejutkan para doktor yang kemudiannya mencari punca ia berlaku.
Menurut remaja berkenaan, dia mengambil minuman tersebut lima hari sebelum sakit.
Bagaimanapun Dr Zhang menyatakan ianya mustahil memandangkan jumlah 'bubble tea pearls' yang ditemui adalah banyak.
Kredit foto: World Of Buzz
Pembohongan terbongkar selepas dia mengaku mengambil minuman tersebut setiap hari sehingga ianya tidak dapat dihadam.
Dia kemudiannya diberikan julap untuk membantu mengeluarkannya.
Pengarah Hospital Bandar Zhuji, He Yuling, menyatakan pearls yang dibuat dari kanji ubi kayu itu tidak mudah dicerna.
Tambahan pula ia ditambah dengan bahan yang membuatakan ia kenyal dan mudah dikunyah, namun sebenarnya membahayakan sistem percernaan jika diambil dalam kuantiti yang banyak. -CARI |