View: 1827|Reply: 10
|
Kenapa Suara AI Selalunya Dikaitkan Dengan Wanita?
[Copy link]
|
|
Kalau dilihat disini, tiga gergasi teknologi seperti Apple (Siri), Amazon's smart assistant (Alexa) dan Google Assistant menggunakan suara wanita. Tetapi, persoalannya kenapa bukan suara lelaki?
Foto: dpa/The Star
Memetik The Star, pakar kajian bunyi dari Universiti Copenhagen, Holger Schulz berkata, pembantu suara adalah Maid Servant pada ketika ini.
Siri bukanlah seorang wanita, tetapi beliau melabelkan dirinya sendiri sebagai GENDERLESS. Namun, berbeza dengan Alexa yang menganggap dirinya seorang "wanita".
"Jangan tertipu dengan suara saya. Saya tidak ada jantina," jawab Siri apabila ditanya sama ada ia lelaki atau wanita.
Ada kaji selidik mengatakan dengan menggunakan suara wanita dilihat lebih menyenangkan dan mesra mesra berbanding suara lelaki.
Foto: The Hacker News
Ada juga yang membantah kerana generasi Z kini dibesarkan dengan pembantu suara dan sedikit sebanyak ia mempengaruhi norma sosial masyarakat terhadap peranan jantina dalam melakukan sesuatu perbuatan atau pekerjaan. Mereka menganggap ia adalah satu bentuk diskriminasi jantina.
Judith Meinshaefer, salah seorang profesor Gallo-Romance linguistic dari Free University of Berlin menerangkan, suara wanita lebih mudah difahami berbanding lelaki. Ini kerana peti suara wanita bergertar lebih laju dan menghasilkan bunyi dengan frekuensi resonan yang tinggi.
Meinshaefer juga percaya, kebanyakan teknologi pembantu suara cenderung menggunakan suara wanita disebabkan golongan lelaki yang mempelopori pembinaan sistem komputer melihat wanita sebagai pembantu yang baik. - CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Cuba guna suara Khunsa lak..
|
|
|
|
|
|
|
|
suara wanita selalunya nyaring jadi intonasinya lebih senang kita tangkap
walhal suara lelaki selalunya garau atau suara dlm aka suara base
sesuai utk iklan2 kereta |
|
|
|
|
|
|
|
jarvis ironman pakai suara lelaki |
|
|
|
|
|
|
|
Ai suka sore sajat
|
|
|
|
|
|
|
|
Guna sora sajat.kang
Twrlentang ke belakang sampai seminggu... |
|
|
|
|
|
|
|
suara yang mana satu?
|
|
|
|
|
|
|
|
Me: Hi Alexa. Are you working for CIA?
Alexa:.............................................
|
|
|
|
|
|
|
|
AI = nuar brahim selalu dikaitkan dgn lelaki aper
sukma, pakistan munawer, sepol, terkammmmmmmmmmmm semua
|
|
|
|
|
|
|
|
artcrime replied at 11-6-2019 02:15 PM
suara yang mana satu?
Ssora dia tengah marah
Hahahahahaha
Bila guna waze...dia suruh turn left tapi user x turn turn...terus kuar sora sajat..hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
nanti jpj ban pulak waze tu.. penyebab kemalangan..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|