CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1777|Reply: 3

Abang Botak Bebas, Sempat Raya Dengan Keluarga

[Copy link]
Post time 12-6-2019 02:40 PM | Show all posts |Read mode
Danial Tan hanya menjalani enam malam di penjara selepas hukuman ditangguhkan. - Foto Says.com




Seorang lelaki yang sebelum ini dihukum penjara kerana memecahkan cermin sebuah kereta  menggunakan topi keledar kini nampaknya berpeluang menyambut Aidilfitri bersama keluarga.


Ini kerana Mahkamah Majistret Petaling Jaya di sini membuat keputusan membenarkan permohonan penangguhan pelaksanaan hukuman 12 bulan penjara yang dijatuhkan ke atasnya.


Menurut laporan Sinar Harian, permohonan berkenaan telah dibuat kepada Majistret Nur Shahira Abdul Salim pada  7 Jun lalu.


Danial Tan Abdullah yang kini popular dengan gelaran Abang Botak juga dikenakan jaminan RM6,000 selain perlu melaporkan diri dua kali sebulan di balai polis berhampiran.


Pada 30 Mei lalu polis memberkas Danial yang bekerja sebagai pembantu stor pada jam 3 petang selepas didapati menghentak dan memecahkan cermin hadapan Perodua Axia milik Siew Chean Voon, 58, pada sekitar 5.50 petang 28 Mei lepas.


Polis turut merampas motosikal dan helmet Danial.





Sementara itu, peguam lelaki itu, Nur Rafiuddin Maswari mengesahkan anak guamnya juga memfailkan semakan terhadap hukuman penjara 12 bulan di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 3 Jun lalu.


Rakaman video Danial yang bertindak memecahkan cermin kereta warga emas itu tular di media sosial dan mendapat kecaman ramai. Bagaimanapun reaksi netizen dan orang ramai berbelah bahagi apabila Danial dikenakan hukumna 12 bulan penjara yang dikatakan terlalu berat. - CARI

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-6-2019 04:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah..mohon jadikan pengajaran dan jangan ulangi lagi.mngkin abg botak akan jd org yg lebih cemerlang dunia akhirat selepas menerima ujian ini i shaAllah
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2019 10:32 AM | Show all posts
muka masih bongkak...
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2019 10:41 AM | Show all posts

anak kau masih meraung tiap malam camanjing kurap nampak hantu
https://bm.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=758850&extra=&page=1







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 12:26 PM GMT+8 , Processed in 0.061921 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list