Bergelar isteri kepada Yang di-Pertuan Agong, Tunku Azizah Maimunah Iskandariah memang dikenali sebagai seorang yang berjiwa rakyat. Selain daripada aktif terlibat dalam kegiatan kemasyarakatan, Tunku Azizah juga sangat dekat di hati rakyat jelata kerana keperibadiannya dan juga tidak kisah akan status dipegang beliau pada ketika ini.
Tunku Azizah dan Sultan Abdullah menggelarkan diri mereka sebagai 'Abdullah' dan 'Azizah' telah menzahirkan ucapan aidilfitri baru-baru ini di laman sesawang Twitter. Menggunakan 'tweethandle' @cheminahsayang , Tunku Azizah sering melayan tweet dan ucapan rakyat jelata tanpa mengira status dan bangsa.
Namun, baru-baru ini tular gambar Abdullah dan Azizah meraikan hari lebaran di media sosial. Yang menjadikannya berbeza dengan gambar-gambar lain adalah layanan yang diberikan Tunku Azizah kepada suaminya Sultan Abdullah yang sangat mesra, tanpa sebarang pembantu dan dayang istana.
Gambar yang memaparkan Tunku Azizah sedang sibuk menyediakan santapan di meja makan Seri Paduka Baginda itu telah mendapat perhatian netizen kerana ianya jarang dipamerkan kepada tatapan umum tambahan pula ianya datang dari golongan bangsawan dan diraja. Foto-foto berkenaan telah dirakam oleh seorang jurugambar, Don Mahathir pada 2 Syawal yang lalu di Istana Abdulaziz , Kuantan.
Fokus ceduk makanan
Kasih sayang isteri terhadap suaminya..
Tak perlu pembantu..
Sejuk mata memandang..
Contoh teladan untuk isteri di luar sana..
Manalah suami tak sayang..
Sweet sangat kan? Bergelar isteri kepada Agong tidak menjadi alasan untuk Tunku Permaisuri untuk tidak melayan suami tersayang. Para isteri-isteri di luar sana ambil teladan dan contoh atas keperibadian Tunku Azizah ni ya! Daulat Tuanku! -CARI
|