Dunia serba canggih hari ini telah memudahkan urusan kita dalam membeli secara atas talian.
Terbaharu, satu perkongsian daripada pengguna Twitter Ann Jaafar mengenai status pertukaran barang belian mendapat perhatian pentadbir laman sosial Lazada Malaysia.
Kredit foto: Twitter Ann Jaafar
Pihak Lazada turut memberi jawapan balas berkenaan posting terbabit dan bertanya sebab penukaran tersebut.
Kredit foto : Twitter Lazada Malaysia
Netizen menyifatkan pihak Lazada sangat bagus dalam melayan kerenah pelanggan di laman sosial. Gelagat kucing yang memasuki kotak penghantaran Lazada mencuit hati netizen.
Kredit foto : Twitter Lazada Malaysia
Ann Jaafar juga sempat meninggalkan gambar di mana kucing yang diberi nama Robert tersebut mengalami krisis identiti. Gambar tersebut memaparkan aksi Robert sedang memanjat pokok dan merasakan seperti seekor tupai.
Kredit foto : Twitter Lazada Malaysia
Pandai juga admin Lazada Malaysia melayan kerenah pelanggan ya. - CARI |