|
Semalam ramai memberikan reaksi apabila ahli parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad dilaporkan bercerai dengan isterinya.
Dalam pada itu, ada pula pihak yang mengaitkan artis jelita Maya Karin sebagai punca kepada keretakan rumah tangga ahli politik itu.
Ini kerana, Maya dikatakan mengenali dan berkawan dengan Nik Nazmi. Pendek kata, mereka mempunyai tali perhubungan sebagai seorang rakan.
Kredit foto: IG Maya
Maya pula menerusi Utusan Online memang mengakui beliau 'berkawan' dengan Nik Nazmi, seperti mana dia berhubung dengan ramai ahli politik lain.
“Saya tidak tahu dari mana datangnya cerita ini dan kenapa saya dikaitkan. Saya berharap mereka dapat menghadapi dugaan itu dan teruskan menjalani kehidupan.
Kredit foto: Kosmo
“Pada usia saya sekarang, saya lebih selesa untuk berkenalan dan berbincang dengan golongan tersebut, dan ya, saya kenal dia [Nik Nazmi],” katanya.
Pun begitu, Maya ternyata tidak terkejut kerana dia berkata sudah beberapa kali dikaitkan dengan ahli politik lain sebelum ini.
“Dakwaan sebegini tidak membuatkan saya melenting atau rasa apa-apa. Saya sudah lali,” kata pelakon berusia 39 tahun ini.
Terdahulu, Nik Nazmi, 37 dilaporkan bercerai talak satu dengan Dr Imaan Abdul Rahim, 36 semalam. - CARI
|
|