Susulan penyebaran rakaman CCTV yang memaparkan pergerakan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Santubong, Haziq Aziz yang berada di luar bilik hotel di Sandakan, Sabah, jurucakap kepada hotel itu akhirnya memberikan reaksi berhubung hal berkenaan.
Memetik laporan Free Malaysia Today, jurucakap hotel memaklumkan yang pihaknya mengetahui mengenai penyebaran rakaman video tersebut.
"Kami maklum tentang rakaman video berkaitan kes yang didakwa melibatkan Haziq Abdullah dan lelaki mirip menteri itu dinaikkan ke YouTube,” kata jurucakap hotel itu.
Kredit foto: Sinar Harian
Namun demikian, pihaknya tidak dapat memberikan butiran lanjut kerana sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dalam kes itu.
“Keselamatan dan kesejahteraan tetamu merupakan tanggungjawab pertama kami.
“Justeru, pihak hotel sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dan tidak dapat memberikan maklumat lanjut,”
katanya lagi.
Semalam tersebar rakaman dari beberapa sudut menunjukkan dua lelaki yang didakwa Haziq Aziz dan setiausaha politik kepada seorang menteri berulang-alik di kawasan lobi lif dan koridor sebuah hotel di Sandakan. - CARI |