Habis jatuh maruah seorang wanita apabila diaibkan lelaki yang pernah menjadi sebahagian hidupnya.
Fairuz A Rafiq, seorang pelakon Indonesia dimalukan bekas suaminya, Galih Ginanjir apabila dia mendedahkan rahsia dalam selimut.
Galih, menerusi satu temu bual oleh seorang hos TV, Rey Utami mendedahkan hubungan seks di antara mereka hanya bertahan 15 minit sahaja.
Galih, Fairuz dan anak mereka. Foto: Fimela.com
Tak cukup dengan itu Galih mendakwa kemaluan Fairuz berbau seperti ikan masin.
Malu dan berang dengan tuduhan terbabit, Fairuz bertindak membuat laporan polis dan kini Galih bakal berdepan dengan hukuman penjara maksimum enam tahun.
Fairuz dan Sonny
Seluruh keluarga Fairuz serta suaminya yang sekarang, Sonny Septian bertegas mahukan keadilan buatnya.
Sebelum ini Galih dan Fairuz pernah berkahwin pada tahun 2011 namun bercerai dua tahun kemudian.
Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak lelaki. - CARI |