View: 2469|Reply: 13
|
Lelaki Ditahan Kerana Reka Cerita 'Naga Gergasi' Menyebabkan Gempa Di Sichuan
[Copy link]
|
|
Lelaki berusia 50 tahun ditahan selepas memuat naik di laman sosial gambar suntingan 'naga gergasi' yang didakwanya menyebabkan gempa bumi yang melanda wilayah Sichuan pada 17 Jun lalu.
Kredit foto: Mothership
Memetik Shanghaiist, lelaki dikenali sebagai Zhang itu memuat naik gambar berkenaan dengan kapsyen:
"Orang ramai dikejutkan dengan kemunculan seekor naga gergasi sepanjang 120 meter dengan ukuran diameter 1.5 meter yang melompat keluar dari sebuah sungai kecil pada jam 2 petang. Jawatankuasa Perbandaran Chengdu amat prihatin terhadap perkara ini.
"ihak berkuasa sudah dikerahkan ke lokasi kejadian dan difahamkan, haiwan itu ada kaitan dengan gempa bumi yang berlaku."
Kredit foto: Shanghaiist
Posting berkenaan dimuat naik selepas gempa dengan magnitud 6.0 melanda bandar Yibin yang meragut 13 nyawa.
Walaupun jelas gambar itu palsu, ia telah dikongsi ramai orang hingga polis terpaksa melancarkan siasatan untuk mencari penyebar khabar angin berkenaan kerana menyebabkan masyarakat panik.
Kredit foto: Shanghaiist
Kredit foto: Shanghaiist
Selepas ditahan, Zhang memohon maaf atas kesalahan menyunting imej berkenaan dan menjelaskan ia dilakukan dengan tujuan untuk bergurau sahaja. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
saj nak femes kut......... |
|
|
|
|
|
|
|
Banyak sangat tonton pilem Journey to the west ni |
|
|
|
|
|
|
|
Teringat pulak acik kisah putra bunian dari jepun ke hapa tah yg dtg mesia melawat puteri nora dgn panglima jalal serta panglima fahrin. Putera tuh bela naga tau
Melingkar2 kat leher putera tuh kak dewi cakap |
|
|
|
|
|
|
|
iyo lahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
|
|
|
|
|
|
|
|
iyo lahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
|
|
|
|
|
|
|
|
Acikgomen: Teringat pulak acik kisah putra bunian dari jepun ke hapa tah yg dtg mesia melawat puteri nora dgn panglima jalal serta panglima fahrin. Putera tuh be ...
Itu bukan naga itu doraemon |
|
|
|
|
|
|
|
dah macam fb page indon husnul khotimah, ketik share untuk lehat ular ini bergerak, komentar amin |
|
|
|
|
|
|
|
Boleh buat gurau benda camni. Padan muka kena siasat |
|
|
|
|
|
|
|
Gurauan yang membawa padah hahaa... Sebab tu la kita ni kalau nak bergurau pun berpada2 lah, jangan sampai ada hati yang terluka.. |
|
|
|
|
|
|
|
Acikgomen: Teringat pulak acik kisah putra bunian dari jepun ke hapa tah yg dtg mesia melawat puteri nora dgn panglima jalal serta panglima fahrin. Putera tuh be ...
Puteri boh nama lain x leh ke?
|
|
|
|
|
|
|
| |
|