Rasanya, topik nilai hantaran untuk pasangan yang bakal bertunang atau berkahwin memang tak akan habis dibincangkan oleh masyarakat terutamanya melayu. Berapa ribu yang patut diletakkan sebagai hantaran, barang apa yang sesuai dibuat hadiah dan macam-macam lagi lah. Seolah-olah tidak pernah selesai, ternyata isu hantaran memang sentiasa menjadi bualan hangat masyarakat.
Lain pula buat gadis ini, yang mengakui amat sukakan hidangan ayam goreng. Jadi, sebagai hantaran tunang, beliau meminta tunangnya untuk memberikan sekotak ayam KFC sebagai salah satu hadiah tanda pertunangan. Siap letak atas dulang tau. Habis satu rumah bau KFC!
Gadis tersebut iaitu Masidayu telah memuat naik untaian kisah tersebut di laman twitternya. Sebab suka sangat ayam, sekali dapat ayam KFC sebagai hadiah tunang.
|