CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2459|Reply: 4

Lelaki Nyenyak Tidur Ketika Kereta Bergerak Sendiri Di Lebuh Raya

[Copy link]
Post time 22-7-2019 10:28 AM | Show all posts |Read mode
Seorang lelaki, Shawn Miladinovich terkejut melihat pemandu kereta elektrik Tesla di sebelahnya nyenyak tidur ketika kereta tersebut meluncur di lebuh raya 405, California Selatan, Amerika Syarikat.





Kredit Foto :AFP/KOSMO




Shawn yang turut memandu di laluan tersebut mendakwa mata pemandu terbabit tertutup rapat, manakala kedua-dua tangan tidak berada pada stereng kereta.


Selama ini, beliau hanya melihatnya dalam portal berita dan tidak mempercayainya sehinggalah melihat sendiri dengan matanya kejadian tersebut sebelum  segera menghubungi Peronda Lebuh Raya California (CHP).

Pihak berkuasa keselamatan lebuh raya AS telah mengiktiraf enam peringkat teknologi bantuan pemandu, bermula daripada pemandu melakukan semua tugas sehinggalah automasi sepenuhnya.


Pada peringkat separa automatik, kereta Tesla memerlukan pemandu sentiasa bersedia mengawal kenderaannya setiap masa.








Tesla turut memaklumkan di laman webnya, Sistem Pemanduan Automatiknya direka untuk membantu pemandu dalam tugas paling membebankan dengan membolehkan kereta keluaran mereka mengemudi, memecut dan membrek secara sendiri di laluan.


Walau bagaimanapun, syarikat pengeluar kereta itu menegaskan bahawa Sistem Pemanduan Automatik semasa masih memerlukan pengawasan aktif pemandu dan tidak menjadikan kenderaan automasi sepenuhnya.


Sementara itu, CHP berkata, pemandu kereta tersebut boleh disaman sekiranya identitinya dapat dikenal pasti. - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2019 04:56 PM | Show all posts
ni kalau bwk kat malaysia abis la accident sana sini..jalan kat malaysia ni byk bengkang bengkok..especially jalan ke utara tu
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2019 06:39 PM From the mobile phone | Show all posts
eina2lovers replied at 22-7-2019 08:56 AM
ni kalau bwk kat malaysia abis la accident sana sini..jalan kat malaysia ni byk bengkang bengkok..es ...

i rasa kereta tesla mesti mencarut vroom vroom dengan rakyat malaysia belok x bagi signal
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2019 10:45 AM | Show all posts
pernah terjadi pada i.. tapi mujur dalam 3 second je..
kalau lebih rasanya dah gone
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2019 02:34 PM From the mobile phone | Show all posts
gigahertz replied at 22-7-2019 06:39 PM
i rasa kereta tesla mesti mencarut vroom vroom dengan rakyat malaysia belok x bagi signal

Tukar lane tak bg signal...pansu perlahan mcm kura2 di lane kanan...pandu lawan arus....byk lagi.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 09:29 PM GMT+8 , Processed in 0.798850 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list