Kalau ke Thailand, terapi ikan adalah aktiviti wajib yang perlu dijalani. Tak lengkap rasanya kalau melancong ke Thailand tapi tidak melakukan terapi ikan yang banyak ditawarkan di pinggir jalan dan pusat membeli belah.
Terapi ikan ini dikatakan bagus kerana dapat membuang serta membersihkan kulit sel mati, merawat penyakit kulit sensitif seperti eczema dan sebagainya. Disebabkan itulah ramai yang mencuba terapi ini dengan harapan menjadi lebih sihat dan cantik.
Gara-Gara Terapi Ikan Di Thailand, Wanita Ini Hilang Semua Jari Kaki
Berbeza dengan seorang wanita dari Perth ini. Beliau pernah menjalani pembedahan pada 2006 selepas terpijak kaca akibat daripada jangkitan pada tulang kakinya dan disahkan sembuh sepenuhnya.
Pada 2010, beliau melancong ke Thailand dan melakukan terapi ikan. Namun apabila pulang dari sana, beliau sering jatuh sakit, demam, tidak boleh meletakkan tekanan pada kakinya dan sebagainya.
Selepas setahun, doktor mendapati bahawa beliau menghadapi penyakit serius dan jarang dijumpai yang termasuk dalam jangkitan pada tulang. Semuanya gara-gara air dalam tangki ikan yang beliau jalani terapi ikan itu sudah dijangkiti dengan penyakit bawaan air dan menjangkiti tulangnya yang pernah menjalani pembedahan empat tahun lalu.
Dua tahun kemudian, ibu jari kaki kanannya terpaksa dibuang. Penderitaan yang disangka akan berakhir bersambung lagi apabila jangkitan kuman sudah merebak pada kesemua jari di kaki kanannya. Memakan masa lima tahun untuk membuang kesemua jarinya, jari terakhir Victoria dibuang pada November 2017.
Merasakan sudah sihat sepenuhnya jika dibandingkan dengan sebelum ini, Victoria berkongsi kisahnya dengan pengguna internet agar mereka lebih positif dan berkeyakinan dengan kaki mereka tidak kiralah dalam bentuk atau saiz apa pun.
Jadi untuk anda yang mahu ke Thailand, hati-hati. Takut tersalah langkah pula nanti. - CARI
Sumber: Newsweek |