View: 13710|Reply: 95
|
"Inilah Dilema Drama Melayu Tak Cukup Bajet, Lepas Tu Kena Kutuk Kiri Kanan
[Copy link]
|
|
"Inilah dilema drama melayu! Tak cukup budget! Lepas tu, kena kutuk kiri kanan!"
Kredit foto: IG
Amboi, marah betul tu Mike. Marah sebab drama Melayu dikutuk barisan doktor ke tu?
Menerusi Instagram, pengarah Michael Ang memuat naik video dan meluahkan rasa kesal apabila usaha penggiat filem dan drama Melayu tidak dihargai masyarakat.
Bukan nak kutuk doktor yang komen drama Melayu!
"Kasihanilah kita, tolonglag bagi budget lebih sikit," 'rayunya' di IG.
Menerusi video itu, Mike menjelaskan apa yang dilakukannya apabila tidak dapat membuat penggambaran di hospital sebenar dek kerana kekangan bajet.
Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi dengan pendapat berbeza termasuk pelakon Hairul Azreen.
Kredit foto: IG
Walaupun ada yang menempelak kenyataan Mike, segelintir warganet tampil menyebelahi tindakan pengarah itu dan menjelaskan apa yang sebenarnya cuba disampaikan melalui video berkenaan.
Kredit foto: IG
Sebelum ini, tular video beberapa doktor yang dikatakan 'menggelakkan' drama Melayu membabitkan penggunaan alatan perubatan dan adegan mengalami kecederaan.
BACA JUGA: Malunya! Babak Drama Dan Filem Melayu Kena Gelak Dengan Doktor
Kalau industri kita ada bajet bagus, boleh dapat bikin drama sehebat drama Korea tak agaknya? - CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
Hm Hm Hm.. Kesian drama melayu eh.. Hm Hm hm |
|
|
|
|
|
|
|
buat la drama fantasi seperti legend of fuyao, legend of the sea blue, princess of weiyoung |
|
|
|
|
|
|
|
kalau takde budged hold la dulu buat drama yang takde budget..
buat drama lain yang produser tau dorang mampu adakan budget.. |
|
|
|
|
|
|
|
tak kisah la mock hospital ke ape. tp biar logic sikit. ni alatan utk letak kat mulut ko letak kat hidung. itu yg org kecam. |
|
|
|
|
|
|
|
Choyyyy. Cerita engko pun mmg hauk pun. |
|
|
|
|
|
|
|
filem omputih dah takpedulik pon pasal logic.
yg penting jalan cerita dan pembawaan watak mantap.
haters drama melayu je yg gigih cari salah benda kecik2.
...kenapa pintu dia gitu la.
...sepatutnya pegang tangan kanan, bukan tgn kiri la.
...hospital sbnr patutnya guna alat itu/ini la
last2 bila tanya drama tu tentang apa?
...ntah? tak ikut sgt pon, kami dok perati pokok blah kanan tu ada bunga tapi kiri takde |
|
|
|
|
|
|
|
tiba masa pengeluar2 filem melayu kena basuh sikit acik2 net ni. kalau berterusan nanti penulis kita tak mampu berkarya sebab fakor kekangan pemikiran acik2 net |
|
|
|
|
|
|
|
awanysss replied at 29-7-2019 12:30 PM
tak kisah la mock hospital ke ape. tp biar logic sikit. ni alatan utk letak kat mulut ko letak kat h ...
Nasib baik letak kat idung.. kalo diletaknya kat jubo lg best.. dah la time time skrg time semburit time gayah semua |
|
|
|
|
|
|
|
Mike, kebanyakan yang bodoh dalam drama Melayu tu bukan pasal bajet. Tapi pasal tak pakai otak! Taiklah takde bajet shooting sampai london paris new york hanya sebab nak dapat background salji boleh pulak. Pokeyy aje korang semua. Otak mana otak??? |
|
|
|
|
|
|
|
bangcak replied at 29-7-2019 12:38 PM
filem omputih dah takpedulik pon pasal logic.
yg penting jalan cerita dan pembawaan watak mantap. ...
Buatlaa cite elok cmn pun.. dtg acik bawang semua di tak eloknya aje.. kesian aku tengok dgn nasib drama mulayu.. bagilaa komen membina skit.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau pasal logik tak logik, xde kena mengena dgn bajet kot
Kot sentap kena gelak dgn doktor, scene tu tak perlu bajet yg besar pun, kalau sekadar nak tunjuk pesakit masih boleh bercakap, tak payahlah guna alat tu
Ke kalau guna alat tu, bajet dia lagi murah dari tak guna alat tu? |
|
|
|
|
|
|
|
bajet lagi tinggi,
C-drama ni setakat drama bersiri pun pakai CGI, bina set dewan, istana etc
tgk la populasi negara tu mcm mana
nak banding dgn viewers drama melayu kat malaysia ni
|
|
|
|
|
|
|
|
acik2 melayu dengan alasan ..... |
|
|
|
|
|
|
|
sbnrnya bukan drama melayu jer
drama tamil .... even grey's anatomy tu pun time aku tgk rancangan apa ntah wawancara doctor ... dia kata ada few kesilapan dr segi kedoctoran ..
tapi kita ni mcm benda tu berlaku kat drama melayu jer ... LOL |
|
|
|
|
|
|
|
citer2 yg berkaitan dengan bawang sajok yg sesuai dengan pemikiran acik2 bawang nih. |
|
|
|
|
|
|
| |
|