Fatin Afeefa bukanlah satu nama yang asing lagi dalam dunia hiburan Malaysia. Meskipun pernah terpalit beberapa kontroversi besar, Fatin tetap tenang dan kekal relevan dalam dunia seni.
Kemesraan Fatin bersama peminat merupakan salah satu faktor beliau kekal relevan sehingga kini.
Sumber Gambar: Instagram Fatin Afeefa
Temu bual bersama Media Hiburan menceritakan bagaimana Fatin mengahadapi komen melampau netizen yang sentiasa menyerang dirinyatermasuk anak-anak.
Menurutnya, dia kebiasaannya akan menjawab komen melampau dan kutukan netizen dengan cara sarkastik. Tambahnya lagi, dia tidak akan menjawab komen melampau netizen dengan makian atau penggunaan bahasa kasar yang akan membawa lebih banyak keburukan dan menjejaskan reputasinya.
Sumber Gambar: Instagram Fatin Afeefa
Sumber Gambar: Instagram Fatin Afeefa
"Kalau komen pasal anak I, I block sampai mampus tak boleh tengok IG I"
Menurut Fatin, jika komen di Instagram menyerang atau mengusik hal peribadi anaknya, dia akan serta merta menyekat akaun tersebut tanpa berfikir panjang. Baginya, hal peribadi seperti keluarga dan anak-anak tidak patut diusik oleh mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab.
Semoga Fatin Afeefa terus cekal dalam mengahadapi kecaman peminat. Sentiasa positif, okey! - CARI
|