Kredit foto: Google
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) atau nama asalnya Balai Pustaka ditubuhkan di Johor Bharu sebagai sebuah jabatan kecil di bawah Kementerian Pelajaran pada tahun 1956. Tujuan ditubuhkan adalah mengembangkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara.
Kini DBP mempunyai satu bangunan ibu pejabat yang baharu di Jalan Dewan Bahasa, Kuala Lumpur. Projek pembangunan Menara DBP yang telah dimulakan pada tahun 1997 dan siap pada tahun 2003. Bangunan ini mempunyai replika berbentuk buku di bahagian atas bangunan.
Kredit foto: Dewan Bahasa Pustaka
Baru-baru ini DBP telah mengeluarkan kenyataan untuk merobohkan replika tersebut apabila Jabatan Kerja Raya (JKR) mendapati ia disahkan tidak lagi berada dalam keadaan selamat. Dikhuatiri jika struktur tersebut tidak DITANGGALKAN, ia akan berisiko tercabut dan jatuh.
Kredit foto: Foto Ihsan Pembaca Layar Facebook
Namun begitu, ia mengundang kekecohan apa ada pihak mendakwa ia dirobohkan kerana replika tersebut melambangkan imej Islam dan mendakwa ada pihak tidak senang dengan kewujudan replika tersebut dan mengaitkannya dengan isu politik.
Menerusi hantaran facebook dari pengguna lain, beliau turut berkongsi notis yang diletakkan dibangunan tersebut.
JKR sebuah institusi yang profesional dan melaksanakan tugas dengan penuh berprinsip. Keputusan dan dapatan mereka berdasarkan takrifan kejuruteraan. Jelas ia adalah isu keselamatan dan kejuruteraan bukannya politik. Menanggalkan replika tersebut adalah langkah terbaik demi keselamatan staf DBP, pengunjung dan orang awam. Semoga bermanfaat. - CARI |