Tular di media sosial rakaman video seorang rider GrabFood disamun dua lelaki di Phileo Damansara, petang kelmarin.
Detik cemas mangsa dipukul dan dibelasah sebelum suspek berkenaan cuba merampas dan melarikan motosikal milik mangsa dirakamkan kamera litar tertutup (CCTV) berhampiran tempat kejadian.
Kes Samun Rider Grab Food - Suspek Kini Diburu Polis
Rider tersebut sedaya upaya mempertahankan motosikal Yamaha Y15ZR miliknya daripada dicuri suspek. Akhirnya, suspek terpaksa akur dengan kegagalan mereka untuk melarikan motor berkenaan.
Pun begitu, penunggang terbabit mengalami sedikit kecederaan akibat pergelutan dengan suspek seperti dikatakan rakannya, Zul Arif menerui Facebooknya.
Dalam pergelutan itu salah seorang suspek telah tercicir telefon bimbitnya di tempat kejadian. Justeru, gambar suspek dalam telefon bimbit tersebut berjaya diperoleh dan mangsa dapat mengecam wajah suspek yang cuba menyamunnya.
Gambar tersebut kini tular di media sosial dan pihak polis kini sedang memburu suspek.
Setengah orang sanggup membuat apa sahaja kerja halal untuk meneruskan kelangsungan hidup dan di satu bahagian lain ada yang sanggup membuat apa sahaja walaupun menyalahi undang-undang dan memudaratkan orang lain. - CARI |