Kurang setahun usia perkahwinan, penyanyi Miley Cyrus dan pelakon sasa Liam Hemsworth bakal bercerai, lapor majalah People dan beberapa media barat.
'Liam dan Miley bersetuju untuk berpisah.
'Kerana masing-masing sudah berubah hati, mereka berdua memutuskan untuk bercerai dan memberi tumpuan kepada diri dan kerjaya masing-masing.
Walau bagaimanapun, mereka komited untuk menjadi sahabat dan penjaga kepada haiwan-haiwan kesayangan mereka,' kata jurucakap Miley mengesahkan khabar itu kepada wartawan People.
Kredit foto: Getty Images
Sabtu lalu, Miley mula memuat naik gambar-gambar dirinya tidak memakai cincin perkahwinan di Instagram.
Kredit foto: Carian Google
Perpisahan itu dikatakan tercetus apabila Miley memutuskan untuk bercuti di Italy dengan pelakon muda Kaitlynn Carter, di mana gambar-gambar Miley dan Kaitlyn berpelukan dan berciuman ghairah kemudian mula bertebaran.
Sebelumnya, Kaitlynn adalah bekas tunang Brody Jenner, abang kepada Kylie dan Kendall Jenner.
Kredit foto: ETAOnline
Naluri biseksual Miley sememangnya sudah diketahui umum. Dalam satu temu bual dengan majalah, Miley pernah berkata 'Saya berkahwin dengan seorang lelaki, tetapi sering tertarik dengan wanita secara seksual'.
Tetapi naluri Miley itu nampakya tidak dapat diterima oleh Liam dan memutuskan untuk menceraikannya.
Kredit foto: Instagram
Mereka berdua bertemu pada 2009 di set penggambaran 'The Last Song' sebelum bertunang pada tahun 2012 dan berpisah sementara sebelum kembali bersama pada tahun 2015. Perkahwinan mereka berlangsung pada Disember 2018.
Anehnya berita barat, suami kacak pun boleh ditinggalkan! - CARI |