Setelah terpalit dengan kontroversi merampas mikrofon dalam program I Can See Your Voice musim pertama, Haqiem Rusli dilihat lebih berhati-hati apabila dijemput sebagai penyanyi undangan bagi musim kedua ini.
Haqiem meluahkan kata-kata tersebut setelah selesai menyanyi dengan penyanyi misteri di penghujung rancangan.
"Dan saya harap, takda orang kecam lagi lah. Saya dah sehabis 'behave' dah ni."
Selain itu, Haqiem turut menulis di Twitter mengenai sikap yang lebih matang di program nyanyian misteri itu.
Nampaknya, kisah tahun lalu benar-benar memberi pengajaran terhadap penyanyi 'Tergantung Sepi' ini. Ramai peminat Haqiem menyatakan yang idola mereka agak nampak kaku kerana terlalu berhati-hati ketika memberi sebarang komen.
Kredit foto: Twitter
Malahan pemenang yang berduet dengan Haqiem juga turut meminta warganet agar tidak mengecam penyanyi tersebut.
Kredit foto: Twitter
Bagaimanapun, kali ini warganet lebih minat untuk memperkatakan mengenai persamaan suara antara penyanyi misteri itu, Muiz, 17 dengan Haqiem Rusli. Malahan ada yang menyatakan yang suara pelajar yang juga ahli badan beruniform itu lebih sedap berbanding Haqiem. Ini menimbulkan perbalahan antara warganet.
Pelbagai pendapat yang dikemukakan oleh kedua-dua pihak dan ada juga yang menyatakan suara mereka berdua sama sedap. Apa pun, nampaknya pertandingan sebegini mampu membuatkan Haqiem Rusli bersikap lebih matang serta jauh dari kontroversi. Manakala rezeki buat adik Ya Tuan yang turut memiliki suara sedap boleh dijadikan pelapis akan datang. Jadi, apa pendapat anda? - CARI
|