"Saya malu kerana saya sering kali pergi 'inspection' tandas di Malaysia untuk tengok bersih atau tidak dan biasanya tidak dan busuk. Itu mencerminkan sifat yang ada pada kita, sepatutnya kita berasa malu dengan keadaan itu."
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meluahkan rasa kecewa dan malu dengan keadaan tandas awam di Malaysia yang kotor dan busuk, sekali gus mencerminkan kesedaran sivik yang rendah dalam kalangan masyarakat.
Foto: IG
"Sekarang kita mempunyai masalah sampah di sekeliling yang dibuang merata tempat selain kes kecurian air, paip, elektrik dan juga lampu jalan. Ini berlaku kerana kita tiada nilai sivik yang tinggi," katanya dipetik dari Utusan.
Tegasnya, usaha mendidik dalam bidang sivik bukan tanggungjawab ibu bapa semata-mata kerana tidak semua ibu bapa ada pegangan yang baik kepada nilai-nilai yang mulia.
"Oleh itu, kita perlu susun nilai hidup terbaik yang perlu diterap kepada anak-anak. Ini menjadikan satu daripada tugas pendidikan dalam membentuk masyarakat bertanggungjawab," ujarnya.
Harapan beliau, pendidikan sivik yang diperkenalkan di sekolah sejak Jun lalu dapat membentuk masyarakat bertanggungjawab, prihatin dan bertimbang rasa.
"Saya percaya, Malaysia akan menjadi negara maju, bersih dan dipandang tinggi oleh masyarakat dunia sekiranya rakyat mempunyai nilai sivik yang tinggi," katanya ketika berucap bagi merasmikan Pendidikan Sivik Peringkat Kebangsaan 2019 anjuran Kementerian Pendidikan di Dewan De Seri Endon Puspanitapuri. - CARI
paling nyirap g mall toilet ada 10 tapi 1-2 ye yg ada paip..yahudi buat tandas camnila..nak cebok kena Q dahtu air kencing titik2 & tapak kasut lekit2 atas tu..
Aku ada pernah pergi streven corvey 7 habit punya ceramah, penceramah tu cakap zaman paklah adalah zaman semua tandas malaysia dinaik taraf dengan jayanya. Sebelum tu, tandas di malaysia semua tersangat la teruk.
Maknanya, skrg pun dah way better dari zaman PM ke-4.