Susulan penemuan mayat Nora Anne Quoirin pada jam 1.35 petang 13 Ogos 2019, kini muncul pelbagai spekulasi mengenai kes kehilangan yang menyayat hati itu.
Sumber foto : OhMyMedia
Kronologi kehilangan Nora Anne Quoirin
Mengikut kronologi, Nora Anne dilaporkan hilang pada 4 Ogos yang lalu setelah kedua ibu -bapanya menyedari ketiadaan Nora Anne di dalam biliknya. Setelah 10 hari usaha menyelamat oleh Polis Diraja Malaysia, Bomba dan Penyelamat, Pertahanan Awam, RELA, Sukarelawan, Jabatan Perhutanan malah Polis Antarabangsa telah terlibat dalam usaha menemukan gadis malang ini.
Pada 12 Ogos, keluarga Nora Anne telah menawarkan ganjaran RM50, 000 kepada sesiapa yang menjumpai Nora Anne atau menyalurkan maklumat kepada usaha penemuan gadis itu. Sebagai rekod, Nora Anne juga adalah seorang gadis kelainan upaya (OKU) iaitu lembam dalam pembelajaran.
Polis daripada negara England, Perancis dan Ireland turut terlibat dalam pencarian Nora. Namun, pada 13 Ogos, usaha menyelamat Nora Anne Quoirin berakhir dengan berita sedih apabila mayatnya dijumpai di kawasan air terjun berdekatan Gunung Berembun, 2.5 kilometer daripada resort yang didiami keluarga malang itu.
Timbalan Inspektor Jeneral Datuk Mazlan Mansor telah mengesahkan mayat tersebut menyerupai gadis yang hilang dan sesi pengecaman mayat oleh keluarga Nora juga telah mengesahkan yang mayat tersebut adalah Nora Anne Quoirin.
Spekulasi mengenai misteri di sebalik kehilangan Nora Anne
Namun begitu, kehilangan Nora telah dianggap sebagai misteri kerana penemuan mayat beliau hanyalah 2.5 km daripada Resort yang didiami keluarga tersebut. Polis juga telah memperluaskan pencarian Nora sehingga 6 km tapi tidak ditemui ketika misi pencarian itu berlangsung.
Netizen telah membuat spekulasi bahawa Nora Anne telah diculik dan dirogol kemudian mayatnya dibuang di kawasan tersebut sebelum ditemui. Bukan sahaja di Malaysia, warganet daripada luar negara juga telah mengemukakan teori penglibatan keluarga Nora Anne itu sendiri dalam kejadian tragik ini.
Mengikut rekod, polis menolak unsur penculikan dalam kes ini dan hanya sebagai kes manusia hilang.
Pihak polis dijangka akan membuat laporan bedah siasat atas mayat Nora Anne pada jam 10 hari ini. Semoga keadilan dapat ditemui atas kematian gadis malang ini. Takziah diucapkan. - CARI