Seorang wanita Rusia mengaku membunuh bekas menantu lelakinya dengan mengerat buah zakar mangsa.
METRO melaporkan, sebelum kejadian mangsa dikatakan minum arak bersama suspek dan tean lelakinya di rumah wanita itu apabila tercetus pertengkaran.
Menurut polis, wanita itu menuduh Dmitry Bogdanov, 32, tidak menjelaskan hutang kepada anaknya iaitu bekas isteri mangsa selepas mereka bercerai.
Kredit foto: METRO/East2West News
Wanita berusia 49 tahun itu kemudian menikam mangsa sebanyak 27 kali sebelum mengerat buah zakarnya, lalu dilempar ke luar tingkap apartmennya di Novgorod, Rusia.
Difahamkan, teman lelaki suspek terbabit sama dalam serangan itu.
Sebaik melakukan perbuatan kejam itu, wanita berkenaan menghubungi anak perempuannya dan memaklumkan mengenai kejadian.
Anak perempuan suspek kemudian menghubungi polis dan melaporkan perbuatan ibunya.
Kes kini dalam siasatan. - CARI |