Negara Malaysia kini semakin tenat apabila isu perkauman sering kali ditimbulkan, seolah-olah ada tangan gelap yang mahu memecah belahkan perpaduan di Malaysia.
Baru-baru ini, banyak kenyataan kontroversi yang keluar daripada mulut orang kenamaan seperti jutawan, Menteri dan turut tidak terlepas, penceramah terkenal Dr. Zakir Naik.
"Suruh tetamu lama balik Cina dulu"
Pendakwah antarabangsa itu telah mengeluarkan kenyataan tersebut di sebuah majlis di Kelantan. Isu ini mendapat perhatian seluruh rakyat Malaysia dan turut tidak terlepas, Syed Syadiq juga memberikan pandangan beliau tentang isu ini.
Sumber Gambar: NST Online
Rentetan isu itu, Kerajaan negeri Sarawak telah mengharamkan Dr. Zakir Naik daripada memasuki negeri terbesar di Malaysia itu. Keputusan itu telah disahkan oleh Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Dr. James Jemut Masing dan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak, Datuk Dr. Sim Kui Hian.
Gambar: Tan Sri Dr. James Jemut Masing (Sumber: SarawakVoice)
Menurut Tan Sri Dr. James, keputusan itu dibuat berikutaan kenyataan kontroversi Dr. Zakir Naik itu boleh menimbulkan kekecohan dan bahaya terhadap perpaduan etnik dan agama di negeri Sarawak. Halangan terhadap Dr. Zakir Naik ini diambil sebagai langkah berjaga-jaga agar tiada isu yang timbul pada masa akan datang.
Semoga Malaysia akan terus aman dan bersepadu dalam mempertahankan kedaulatan negara. Hidup Malaysia! - CARI |