Seorang lelaki yang dipercayai mengalami masalah mental bertindak menetak Ketua Polis Besut, Terengganu, Supt Mohd Zamri Mohd Rowi sehingga putus ibu jari kanan dan cedera di bahagian belakang kepala.
Memetik laporan Bernama, kejadian berlaku di hadapan rumah Mohd Zamri di Maping Padang Luas, Besut pada pukul 12.50 tengah hari kelmarin.
Suspek difahamkan sudah ditahan pada jam 4.15 petang di Felda Selasih, Besut selepas cuba melarikan diri.
Gambar hiasan. Kredit foto: carian internet
“Ketika kejadian mangsa didatangi oleh suspek berumur 32 tahun yang juga jiran mangsa yang mengadu mangsa telah menaman pokok kelapa di kawasan tanah miliknya.
“Mangsa tidak melayan dan menyuruh suspek untuk balik namun suspek telah ke kereta dan membawa keluar sebilah parang panjang dan menetak mangsa,” kata Ketua Polis Terengganu, Datuk Aidi Ismail.
Akibatnya, Mohd Zamri, 55 putus ibu jari tangan kanan dan cedera di bahagian belakang kepala.
Dikatakan mangsa cuba mengelak namun suspek sempat menetak di bahagian kepala hingga suspek terjatuh dan berlaku pergelutan.
“Susulan itu suspek melibas parangnya dan terkena ibu jari kanan sehingga putus. Mangsa bagaimanapun dilaporkan stabil dan masih dirawat di HUSM,” katanya.
“Sebelum ini suspek pernah mengadu kepada mangsa dengan mendakwa rumahnya diserbu oleh pihak polis, namun dakwaan itu tidak betul," katanya lagi. - CARI |