CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6386|Reply: 33

Penangan Filem Makmum, Lelaki Ini Ketakutan Apabila Terdengar Suara Asing Ketika

[Copy link]
Post time 19-8-2019 12:00 PM | Show all posts |Read mode
Pernah tak anda berasa seperti ada yang memerhati ketika sedang solat bersendirian? Ataupun mendengar suara asing meskipun tiada orang lain di sekeliling.


Jika jawapan anda adalah ya, anda pasti berminat dengan filem terbaru dari Indonesia yang bertajuk Makmum The Movie.





Sumber Gambar: Nontonapa.com



Filem ini mula mendapat perhatian peminat Malaysia apabila trailer Makmum The Movie yang berdurasi selama 2 minit 11 saat itu tular di media sosial dan mendapat sambutan yang baik daripada peminat.


Dalam trailer tersebut, seorang gadis yang bernama Rini sedang solat bersendirian, namun terdengar ada suara yang menyebut 'Allahu Akbar' ketika dia sedang mengangkat takbir. Rini berasa terkejut dan gusar kerana pada awalnya, hanya dia keseorangan yang berada di dalam bilik itu.



Sumber Gambar: Cinema.com.my




Penangan daripada trailer ini, seorang gadis (Arisyah) berkongsikan video 'prank' di Twitter yang dilakukannya kepada seorang lelaki, difahamkan merupakan ahli keluarganya sendiri. Dalam video tersebut, ketika lelaki itu sedang solat, Arisyah memberi takbir dengan suara serak basah dan halus seperti di dalam filem Makmum. Lelaki itu serta merta membatalkan solatnya kerana ketakutan. Meskipun nampak kelakar dan seronok untuk dicuba, korang jangan ganggu orang solat pula ye!





Filem Makmum The Movie telah mula ditayangkan sejak 15 Ogos yang lepas. Buat korang yang gemarkan genre seram, filem ini memang wajib ditonton kerana dikatakan jalan ceritanya adalah berdasarkan kisah sebenar. Lepas ni jangan takut solat sorang-sorang pula ye! - CARI


Trailer:


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2019 12:05 PM | Show all posts
tak pernah kena tapi rasa nak tengok. sebab suka tengok cerita horor mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2019 12:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Teringat member aku bagi salam kedua, toleh je nampak pontianak depan mata.. Masa tu dalam surau kolej
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2019 12:23 PM | Show all posts
bencilaa.. buat org jadik penakut je solat sorg2.. especially kalau kt public surau cam kt mall, rnr atau petronas..
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2019 12:53 PM | Show all posts
Kurex replied at 19-8-2019 04:19 AM
Teringat member aku bagi salam kedua, toleh je nampak pontianak depan mata.. Masa tu dalam surau kol ...

bestnyeeeee...leh nampak ponti
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2019 01:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah jadi hantu baru nak solat. Masa hidup, solat pun tah ke mana, enjoy memanjang lupe diri.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-8-2019 02:18 PM | Show all posts
nasib ja la kalo dia menjelma..
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2019 02:22 PM | Show all posts
cane dia tau ada org tgh tgk dia?  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2019 02:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Prnah tgok short movie kt utube.tajuk mcm sama
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2019 02:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak g tengok la.. Dah lama x layan cite hantu.. Hehe
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2019 03:47 PM | Show all posts
mcm skeriiiiiii tgk trailer dia
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2019 03:56 PM | Show all posts
ko solat pun nampak hantu ke setan......hehehee
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2019 04:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Teringat ada sorang kawan aku masa kat uni dulu cerita, rumah family dia keras n yang paling selalu kena kacau ialah dia dengan ayah dia. Dia selalu kena camni, tengah solat tetiba dengar ada orang aminkan fatihah, kadang2 dengar orang panggil2 nama dia tengah2 malam. Tapi serius aku tabik kat dia sebab lama2 dia jadi sangat berani n boleh ignore je semua tu. Dia punya tahap berani tu sampaikan pukul 2 pagi pun selamba je gi jemur baju kat kawasan ampai hostel yang memang banyak kes kena kacau dengan momok ni.

Untuk tak ot, mati hidup balik pun aku takkan tengok cerita ni sampai bila2 hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2019 04:24 PM | Show all posts
ada tertengok cite kat fb , kawan i dok cerita : dia  pon alami benda yang sama masa kat rumah sewa kitaorg kat shah alam . masa tu dia tinggal sorang sebab i ngan lagi sorang housemate balik kg. tengah dia solat waktu dia abis baca al fatihah , dia dengar ada `makmum` dok aminnn kat belakang . macam sembayang jemaah kat surau tu. melompat kawan i tu, memula tu dia ingat kitaorg ni saja prank dia. dia call housemate sorang tu tak dapat  , lepas tu dia call i , dok marah2 : cakap apesal dok prank dia masa dia tengah solat . i pun balas lah balik : i kat kg ,, si housemate sorang pun balik kg jugak.

i tanya kenapa : dia cerita lah apa yg jadi , i suruh backpakers baju2 dia pi tido umah member lain . jangan balik rumah selagi kitaorg tak balik .  on monday baru i ngan housemate sorang lagi balik rumah . kapal pecah rumah dengan lampu tak bertutup , tv tak off. nak marah tak sampai hati . member yang terkena tu: demam panas , kesian dia . lepas tu masing2 pun pindah dari rumah tu sebab dapat transfer keje kat kl .
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2019 04:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila solat dijadikan bahan mainan,lagi mau tny knp byk jenayah berlaku?
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2019 04:53 PM | Show all posts
blik kg ari tu sikit je lg nk hbs
tiba2 tikus dtg menjenguk
terlompat aku

dh kena repeat plk


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2019 09:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Hmmm solat pon nak memain
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2019 10:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Haih, nyesal tengok gambar atas tu. Tak suka citer horror ni. Memang takkan tengok la citer ni, haishhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2019 10:18 PM From the mobile phone | Show all posts
aku dh tgk film ni
gila seram wehhh...tp panggung ms iols tgk tu mmg full house ye..full dgn manusia betul.bukan dgn makmum halimunan
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2019 10:55 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 19-8-2019 10:18 PM
aku dh tgk film ni
gila seram wehhh...tp panggung ms iols tgk tu mmg full house ye..full dgn manusi ...

Serious ke best uols.. Aku biasa nya skeptical sikit dgn movie Indon ni. Tp kalau penuh panggung tu agaknya best betul lah ek
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 10:42 PM GMT+8 , Processed in 0.074168 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list