Dalam banyak-banyak pencalonan Anugerah Bintang Popular Berita Harian tahun ini, nama yang mengejutkan tercalon ialah Delimawati Ismail dalam kategori Pelakon Filem Wanita Popular.
Dilaporkan Harian Metro, Kak Limah juga mahu menang kerana bukan mudah terselit dalam pencalonan setanding dengan pelakon-pelakon baru lain seperti Mira Filzah, Erra Fazira dan Uqasha Senrose.
"astinya saya mengharap untuk menang, apatah lagi pertama kali nama tercalon dalam Top 5. Ia bukan sesuatu yang mudah untuk saya berada ke tahap ini.
"Saya sangat menghargai sokongan peminat yang mengundi saya kerana itulah saya meletakkan harapan untuk menang walaupun sedar saingan begitu sengit daripada pelakon lain yang tercalon," katanya.
Bagilah Kak Limah menang!
Foto: Google
Kak Limah juga meluahkan rasa terkejutnya kerana tercalon, memandangkan dia sudah berusia nenek dan bukan lagi pelakon wanita muda.
"Saya memang terkejut dan tidak sangka apabila nama tercalon dalam senarai Top 5. Maklumlah, pada usia begini dan sudah lama dalam bidang lakonan ia sesuatu yang mustahil.
"Namun, saya yakin berkat sokongan peminat yang tidak putus-putus terhadap saya apatah lagi selepas saya membintangi filem Hantu Kak Limah," katanya.
Uqasha Senrose dan Mira Filzah lawan Kak Limah. Foto: Instagram
Kesian kan, sudah lama berlakon baru bakatnya dipandang orang. Tetapi, Kak Limah memang sempoi!
Dah lama jadi pelakon baru tercalon anugerah
Foto: Google
Jadi, apa kata kita undi Kak Limah untuk menang? Barulah dominasi Mira Filzah tak keterlaluan sangat kan! - CARI |