Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu akhirnya berjumpa dengan ahli keluarga Lans Koperal Moses Logers selepas hampir sebulan anggota tentera itu dilaporkan hilang bersama seorang lagi rakannya, Koperal David Edmund Rapi.
Mereka berdua dilaporkan hilang semasa menjalani sebuah operasi dipanggil 'Ops Pejarak' di Pulau Perak, Kedah pada 19 Julai lepas.
Kredit foto: Carian Google
Kegagalan kementerian itu memberikan maklumat terkini mengenai operasi mencari dan menyelamat (SAR) dikritik hebat oleh pelbagai pihak sehingga keluarga kedua-dua tentera dari Sarawak itu terpaksa mengadakan satu sidang akhbar di Kuching, baru-baru ini untuk meningkatkan operasi mencari.
Kredit foto: Borneo Post
Ketika kehilangan, kedua-dua anggota tentera itu tidak membawa sebarang peralatan kecuali telefon pintar. Keluarga David dan Moses terpaksa mengambil inisiatif dengan mengambil penerbangan ke Pulau Perak semata-mata untuk mendapatkan maklumat dan membawa pulang barangan milik anggota terbabit.
Kredit foto: Borneo Post
Mat Sabu yang berlepas ke Sibu untuk menghadiri Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) dan Pingat Kedaulatan Negara (PKN) di Kem Rascom, Batu 10 mengambil kesempatan bertemu keluarga Moses untuk menzahirkan rasa simpatinya.
Beliau dijangka akan bertemu keluarga David selepas itu.
Kredit foto: Facebook
Antara kritikan yang dilemparkan oleh masyarakat ialah kurangnya maklumat terkini, bilangan anggota dan peralatan mencari SAR yang sedikit.
Malah, ramai juga yang membandingkan kekurangan operasi mencari dua tentera itu dengan operasi SAR seorang anak pelancong asing yang sesat di sebuah resort di Negeri Sembilan baru-baru ini.
Bagaimanapun, Menteri Pertahanan memberi jaminan bahawa operasi mencari di daratan akan diteruskan dan semoga mereka berdua dapat dijumpai dengan selamat. - CARI |