"Saya tak mahu keluarga saya dibabitkan dengan perkara ini (isu putus tunang)."
Pelakon Aishah Azman menegaskan konflik yang berlaku antara dia dan bekas tunang, pelakon Syafie Naswip tidak ada kena mengena dengan keluarganya.
Kredit foto: IG Aisyah Azman
"Orang luar boleh berkata apa yang mereka mahu katakan, tetapi mereka tidak mengetahui apa sebenarnya yang terjadi," katanya kepada Gempak.
Menurut Aisyah, dia kini tidak mahu menoleh ke belakang lagi dan hanya mahu memberi fokus kepada kerjayanya.
Kredit foto: IG Aisyah Azman
"Selepas berdepan dengan segala perkara ini, saya selesa untuk menjalani kehidupan seperti biasa.
"Saya hanya mahu fokus kepada bidang hiburan. Saya ingin memberikan tumpuan terhadap lakonan dan sibuk seperti sediakala," katanya lagi.
Rupa-rupanya, berlaku sesuatu tidak diduga ketika aktres itu ditemu bual Gempak.
Menurut portal hiburan itu, sesi temu bual terpaksa dihentikan secara tiba-tiba apabila pelakon Afiq Muiz yang juga abang kepada Aisyah menariknya untuk beredar dari situ.
Kredit foto: IG Afiq Muiz
Dunia hiburan sebelum ini dikecohkan apabila muncul berita melaporkan seorang pelakon lelaki ditahan polis kerana membelasah bekas tunangnya selepas wanita itu memintanya memutuskan hubungan songsang dengan kenalannya pada 26 Jun lalu.
Kenapa Afiq Muiz yang turut berada di tempat kejadian ketika Aisyah ditemu bual Gempak menarik aktres itu untuk beredar? - CARI |