View: 9749|Reply: 93
|
[Politik]
Sah! Putera Faisal Turki masuk RM642 juta ke akaun Najib
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR: Seorang pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengesahkan terdapat kemasukan dana sebanyak RM642 juta daripada Kementerian Kewangan Riyadh (Arab Saudi) dan Putera Faisal Turki ke dalam akaun bank peribadi Najib Razak.
Penolong Kanan Pesuruhjaya (PKPj) Bahagian Operasi Khas (BOK) SPRM Rosli Hussain, 54, berkata, dana berkenaan dimasukkan ke dalam akaun bekas perdana menteri itu yang bernombor akhir 694.
Rosli berkata demikian ketika disoal peguam Harvinderjit Singh pada hari ke-56 perbicaraan kes Najib yang menghadapi 7 pertuduhan berkaitan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.
Harvinderjit: Dalam siasatan kamu, adakah kamu juga menyiasat akaun di atas nama Datuk Seri Najib berakhir nombor 694?
Rosli: Ya, ada.
Harvinderjit: Adakah kamu boleh mengesahkan dalam akaun itu ada kemasukan duit daripada Prince Faisal bin Turki?
Rosli: Ada.
Harvinderjit: Jumlahya lebih kurang RM399 juta?
Rosli :Ya, lebih kurang.
Harvinderjit: Ada kemasukan duit dari Kementerian Kewangan Riyadh (Arab Saudi) sebanyak RM243 juta?
Rosli : Ada.
Ketika ditanya mengenai undang-undang yang diguna pakai SPRM, supaya AmBank menyemak dengan suruhanjaya itu terdahulu sebelum membenarkan Najib mengakses dokumen banknya saksi berkata, beliau tidak merujuk pada mana-mana undang-undang, tetapi menggunakan inisiatif sendiri untuk memberitahu AmBank supaya merujuk kepada SPRM sebelum membenarkan Najib mendapatkan dokumen bank.
Harvinderjit: Saya mencadangkan, kamu mengarahkan bank supaya tidak memberi dokumen kepada pembelaan supaya pembelaan tidak dapat meneruskan kes dan Rosli menjawab: “Tidak sama sekali, Yang Arif.”
Saksi itu juga berkata, beliau tidak tahu nama penuh pegawai penyiasat SPRM yang mengendalikan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
“Seingat saya namanya ialah Aidah, penguatkuasa kanan… tetapi saya tak tahu nama penuhnya,” katanya.
Harvinderjit: Bukankah Aidah rakan sekerja kamu?
“Ya, Aidah rakan sekerja saya. Tapi dia bukan isteri saya, jadi saya tak pasti nama penuh beliau,” katanya, yang mencetuskan gelak ketawa orang ramai dalam mahkamah.
Najib, 66, berdepan 3 pertuduhan pecah amanah jenayah, satu pertuduhan menyalah guna kedudukan dan 3 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International berjumlah RM42 juta.
Perbicaraan berlangsung di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali.
Gambar : Penolong Kanan Pesuruhjaya SPRM Rosli Hussain berkata, dana berjumlah RM642 dimasukkan ke dalam akaun bekas perdana menteri Najib Razak yang bernombor akhir 694. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Derma yang tidak munasabah jumlahnya juga dikategorikan sebagai rasuah...
Ini yang pegawai SPRM cakap dulu masa buat briefing kat office kita orang..
Ada yang tanya, kalau kontraktor belanja makan atau buka puasa kira rasuah ke?
Dia jawab.... Adakah harga makanan itu sejumlah yang tidak munasabah?
Jika ya, itu rasuah. Jika tidak, anggap sebagai kontraktor pun manusia mahukan kawan..
Bagi sesetengah company, nilai munasabah itu jika kurang rm300... |
|
|
|
|
|
|
|
Kat luar boleh la kelentong demi raih undi
dalam mahkamah nak kelentong macamana
padan muka Pakatan Semburit
kalo satu masa nanti akaun politik derang pula yang kena teliti,
macam2 nama penderma akan keluar |
|
|
|
|
|
|
|
Kau bagi projek Rm10 billion dekat arab, kemudian nak arab bank in Rm500 tanda terima kasih ke ![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
aku setuju nih...
mana ada negara senang2 nak bagi duit sampai berjota2 kan....
|
|
|
|
|
|
|
|
dizekni replied at 22-8-2019 03:39 PM
Kat luar boleh la kelentong demi raih undi
dalam mahkamah nak kelentong macamana
nanti org korek la how ph leh bertanding.. sapa bg fund... haha |
|
|
|
|
|
|
|
laksmanabentan replied at 22-8-2019 03:44 PM
aku setuju nih...
mana ada negara senang2 nak bagi duit sampai berjota2 kan....
tp kisah kat mahkamah nak buktikan duit tu ade kena mengena dgn 1mdb...
tu dok pusing2 tak dpt trace... klau duit tu ade kaitan rasuah.. kes lain la agaknya...
tugas pembela najib nak buktikan takde kaitan 1mdb.... ni kes mcm anwar dulu ngan semburit la....
nanti najib tuntut duit yg dirampas tu kat kondo tu, ade lg tak haha |
|
|
|
|
|
|
|
ek eleh..
diorg mcm bersih sgt
|
|
|
|
|
|
|
|
Loloq89 replied at 22-8-2019 03:54 PM
ek eleh..
diorg mcm bersih sgt
Kalau ada info pegawai sprm tak bersih (rasuah ke?), pergi la buat aduan...
Bagi info yang ada dan hantar kat
Peti surat 6000,
(nama negeri) |
|
|
|
|
|
|
|
sarahmirza replied at 22-8-2019 03:32 PM
Derma yang tidak munasabah jumlahnya juga dikategorikan sebagai rasuah...
Ini yang pegawai SPRM c ...
itu kalo...belanja steak wagyu....munasabah x??? #bukanakuygtentukanharga. |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu madey kata Pak Arab Gila mana nak bagi duit bnyk Tu hehehe hehehe hehehe hehehe Baca sini http://www.arabnews.com/node/1495886/saudi-arabia |
|
|
|
|
|
|
|
apa pulak tak ada
masa awal penubuhan negara haram Israel tahun 40an,
berapa billion british dan negara2 barat lain derma
duit?
duit hasil dari tanah Melayu pun diyakini tak terkecuali
sebab masa tu british kaut keuntungan hasil bijih timah, getah
dan bagai2 lagi
|
|
|
|
|
|
|
|
laksmanabentan replied at 22-8-2019 03:44 PM
aku setuju nih...
mana ada negara senang2 nak bagi duit sampai berjota2 kan....
Kecuali ada balasannya...
Ikut logik la kan... |
|
|
|
|
|
|
|
Kat mahkamah nak tipu cam mana..semua terlondeh laa.. kalau nak tipu pengundi2 cetek akal bole laa.. |
|
|
|
|
|
|
|
kelentong je la you ni
sesama negara Islam ada kerjasama dan bantu
membantu untuk kepentingan bersama
ini tujuan utama bantuan diberi
hak pemilik duit nak bagi sumber kewangan kepada
siapa yang dia rasa layak, dan dia nak bagi
logik padiyappa jelutong you tak terpakai dalam isu ni
|
|
|
|
|
|
|
|
Duit diberi sebab sokongan melawan Iran & Syiah. Bukan Malaysia je dihulur... |
|
|
|
|
|
|
|
pandai tok jib mintak derma |
|
|
|
|
|
|
|
sahih pulak dah....yes? ni cross examine witness dak lagi ? yg dulu Joanna. |
|
|
|
|
|
|
|
Skuau replied at 22-8-2019 03:58 PM
itu kalo...belanja steak wagyu....munasabah x??? #bukanakuygtentukanharga.
Sbb tu I tulis tadi...
Sesetengah company dah tetapkan berapa harga munasabah tu..
Kalau company u takde lagi buat mcm tu, propose la kat management.. Atau u impose la kat staffs sendiri..
Jadi manusia ni kena bijak la kan..
Takkan asal orang nak belanja, manjang ikut je...
Btw, misal kata tak sengaja dah makan baru tau harga lebih harga munasabah, atau tetiba kontraktor/supplier hantar barangan atau bg angpow lebih dari harga munasabah, staff tu kena inform office...
Itu prosedur seterusnya...
|
|
|
|
|
|
|
|
sarahmirza replied at 22-8-2019 02:32 PM
Derma yang tidak munasabah jumlahnya juga dikategorikan sebagai rasuah...
Ini yang pegawai SPRM c ...
Benar sekali. Kalau nak belanja pun kena munasabah dan basic2 saja. |
|
|
|
|
|
|
| |
|