Zaman milenial kini, ramai wanita mendedahkan lebih selesa tidak mencukur bulu pada tubuh mereka. Bagaimanapun, tidak semua orang boleh menerima pengabaian kebersihan diri ini.
Menerusi ruang sembang Reddit, seorang wanita meluahkan rasa terkilan apabila ditegur ketua jabatannya kerana tidak mencukur bulu kaki.
Kredit foto: Getty Images
Teguran bosnya itu dibuat berikutan ada suara sumbang merungut mengenai bulu kakinya.
Wanita berusia 21 tahun itu menegaskan dia enggan membazir masa dan wang hanya untuk mencukur bulu kakinya yang dakwanya tidaklah terlalu lebat.
Kredit foto: Getty Images
"Sekali saja saya mencukur bulu kaki, itupun ketika kali pertama keluar dengan teman lelaki.
"Dan sehingga kini, dia tidak pernah bising mengenai bulu kaki saya," tulisnya.
Difahamkan, kebiasaannya tugas wanita itu memerlukan dia menghadiri majlis dan festival. Namun, baru-baru ini dia terpaksa masuk ke pejabat untuk mengambil beberapa barang.
Ketika itulah dia dipanggil masuk ke bilik bosnya yang mula 'bersyarah' mengenai kebersihan diri.
Kredit foto: iStockphoto
"Bos kata, beberapa rakan sekerja mengadu bahawa saya tidak mencukur bulu kaki yang menurut mereka ia telah melanggar polisi syarikat kerana mengabaikan kebersihan diri," katanya.
Namun, apabila ditanya apa kaitan mencukur bulu kaki dengan kebersihan diri, bosnya hanya mendiamkan diri. Malah, lelaki itu diam tidak berkutik apabila ditanya sama ada dia sendiri pernah mencukur bulu kakinya.
Kerana berasa malu dan tidak selesa ditegur sedemikian rupa, wanita itu terus beredar dari situ.
Rata-rata yang meninggalkan komen menyatakan menyifatkan lelaki terbabit bersikap seksis.
Kredit foto: Culture On The Offensive
Bulu kakinya lebat sangat dan berpintal-pintal ke sampai dituduh tidak menjaga kebersihan diri? - CARI |