Sejak semalam, keseluruhan sistem komputer KLIA dan KLIA2 tergendala menyebabkan kesesakan teruk di lapangan terbang utama negara itu. Semua urusan masuk, imigresen dan tiket terpaksa dibuat secara "manual". Tiket kapal terbang tulis tangan wei!
Tiket check in tulis tangan. Foto: Twitter
Setakat jam 10 malam tadi, 68 penerbangan dibatalkan menyebabkan beratus penumpang terjejas. Sistem itu masih dalam tambah baik dan pihak berkuasa sedang berusaha membaikinya.
Sistem masih tak pulih. Foto: Facebook
Dalam kekecohan itu, CEO Kumpulan Air Asia Tony Fernandes sekali lagi menyerang MAVCOM (Suruhanjaya Penerbangan Awam Malaysia) kerana gagal memastikan KLIA/KLIA2 dikendalikan dengan baik, walaupun setiap penumpang perlu membayar caj RM1 setiap kali terbang kepada MAVCOM menerusi syarikat penerbangan.
MAVCOM adalah badan bebas yang bertanggungjawab melindungi pengguna dengan memastikan semua pihak industri penerbangan (syarikat, pengurusan lapangan terbang dan sebagainya) bekerjasama dan memberikan khidmat terbaik.
Kutip RM1 tapi lapangan terbang teruk. Foto: Twitter
Ini bukanlah kali pertama Tony menyerang MAVCOM, sebelum ini dia turut meluahkan kemarahan terhadap suruhanjaya itu yang disifatkan penghalang perkembangan industri penerbangan negara.
Tony selalu serang MAVCOM. Foto: Twitter
Tweet terbarunya itu mendapat pelbagai reaksi. Ada yang bersetuju dengan Tony bahawa kegagalan sistem komputer KLIA/KLIA2 memalukan negara kerana ia pintu masuk negara.
Memalukan! Foto: Twitter
Ada juga yang merasakan Tony "tak sedar diri" kerana syarikatnya, AirAsia juga tidaklah sehebat mana, banyak sahaja masalah.
AirAsia pun banyak masalah! Foto: Twitter
Apa pandangan anda? Ada pengalaman tidak baik di KLIA/KLIA2? Atau pernah jadi mangsa penerbangan AirAsia yang asyik tertunda? - CARI |