Membaca kisah isteri dipukul suami amatlah mendukacitakan. Jika takdirnya tiada lagi jodoh, jangan dipukul atau dicederakan isteri.
Video seorang lelaki membelasah bekas isteri dan bapa mentuanya di Jalan Utarid, Sungai Buloh tular selepas kisah berkenaan dimuat naik mangsa di Facebook.
Status berkenaan disertakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi, tangkap layar ugutan bekas suami mangsa serta gambar mangsa dan bapanya yang cedera selepas kejadian itu.
Kredit foto : FB Siti Nur Hidayah
Orang lain makan nangka, orang lain yang kena getahnya. Gara-gara memiliki wajah seakan sama dengan suspek, penyampai radio Issey Fazlisham nampaknya terkena tempias kes tersebut kerana turut diserang netizen di laman sosial media Instagramnya.
Issey bagaimanapun tampil menjelaskan kekeliruan tersebut. "Tolonglah. Ini bukan saya gais. Ramainyalah orang tag, saya tak ada kena mengena dalam hal rumah tangga beliau," jelas Issey.
Namun, situasi itu jelas tidak menjernihkan keadaan apabila ada netizen yang masih menyerang Issey.
Kalau dulu, Alif Satar pun pernah mengalami kejadian serupa. Kini Issey pula. Bila pula Issey tukar kerjaya kan? Bertabah lah Issey menepis serangan bawangrangers ni. - CARI
|