Baru sahaja seminggu berkahwin, pasangan suami isteri ditahan polis dalam satu serbuan di rumah di Tumpat hari ini.
Memetik laporan Harian Metro, dalam serbuan itu, 73 gram dadah dipercayai syabu, tiba botol air ketum, 16 botol ubat batuk jenis Kodein dan lima pil Eramin 5 bernilai RM11,500 dirampas.
“Turut disita adalah wang tunai berjumlah RM4,000 dan sebuah kereta yang dipercayai baru dibeli suspek secara tunai,” kata Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Ab Rashid Mat Daud.
Kredit foto: Harian Metro
Katanya lagi, suspek yang berusia 38 dan 40 tahun itu dipercayai menjalankan kegiatan pengedaran dadah sejak tiga bulan lalu.
Aktiviti pengedaran pula dilakukan di sekitar Tumpat dan juga Kota Bharu.
Difahamkan, suspek memiliki rekod lampau berkaitan dadah dan selepas ujian saringan dibuat mereka didapati positif dadah jenis Methampethamine.
Kredit foto: BH
“Kedua-dua suspek akan ditahan reman selama enam hari bermula esok sehingga 24 September ini," katanya. - CARI |