Seluruh pelusuk media sosial semalam dipenuhi dengan pengumuman mengejutkan berkenaan penyerang sensasi skuad bawah 18 tahun negara, Luqman Hakim Shamsudin yang menandatangani kontrak selama lima bersama kelab divisyen 1 Liga Belgium, KV Kortrijk.
Sumber Gambar: Twitter mysemuanyabola
Pada saingan Piala AFF B-18 di Vietnam baru-baru ini, Luqman menampilkan persembahan yang sangat cemerlang dan berjaya membantu pasukan negara muncul sebagai naib juara, sehingga berjaya menarik minat beberapa kelab luar terutamanya daripada Liga Jepun.
Sumber Gambar: Vocket FC
Luqman serta beberapa lagi pemain muda negara sebelum ini telah berangkat ke Jepun untuk menjalani sesi percubaan bersama kelab J1 League, Cerezo Osaka. Namun begitu, KV Kortrijk berjaya mendapatkan penyerang sensasi itu untuk tempoh lima tahun. Luqman akan dihantar berlatih ke kelab Cardiff City dahulu, memandangkan beliau masih belum mencapai umur 18 tahun.
Sumber Gambar: Twitter TeamMsia
Berita perpindahan Luqman ini menarik perhatian peminat bola sepak tempatan, yang majoriti daripada mereka 'spam' akaun Twitter rasmi KV Kortrijk sehingga mendapat perhatian admin akaun kelab Belgium itu.
⏳ Incoming pic.twitter.com/sAb904SRP6
— KV Kortrijk (@kvkofficieel) September 20, 2019
Akaun rasmi KV Kortrijk turut berbalas tweet bersama peminat daripada Malaysia. Sporting betul!
😂😂😂 https://t.co/0tSOVRUcva
— KV Kortrijk (@kvkofficieel) September 20, 2019
Let us help you 😉
Website: https://t.co/XXVOGxWOLz
Facebook: https://t.co/QKhh42zsQR
Instagram: https://t.co/UrXYYXBUgx
Youtube: https://t.co/o2afKDYiTo https://t.co/AbsOGWHLs4
— KV Kortrijk (@kvkofficieel) September 20, 2019
Semoga Luqman Hakim menjadi batu loncatan buat pemain Malaysia agar bermain di liga luar dan memajukan industri bola sepak tempatan. Selamat maju jaya buat Luqman! - CARI |