Bagi pengguna Windows 10, anda pasti perasan bila anda cuba mencari Control Panel di 'Start Menu' Windows 10, anda akan nampak ikon gear, maka anda pon klik ikon gear tersebut dengan menyangka ia adalah Control Panel. Namun ia hanyalah Windows Setting, iaitu salah satu ciri Windows yang mula diketengahkan dan diletakkan di Start Menu pada Windows 10.
Jadi di mana Control Panel?
Maka setelah anda gagal mencari Control Panel di Windows 10, anda pon mula buka Google sebagai solusi akhir.
Video dibawah dibuat bagi mempermudahkan anda, andai anda nak cari Control Panel di Windows 10. Ingat ini adalah pada persekitaran (environment) Windows 10. Bagi Windows versi sebelumnya seperti Windows 7, tiada masalah.
Kenapa Control Panel penting?
Sebab ada sesetengah perkara tidak terdapat pada Windows Settings, jadi memang kene buka Control Panel, contohnya, bila anda perlu tukar Administrator account name pc anda (bila anda beli pc second hand dari user sebelumnya, katakanlah). Serta beberapa keperluan lain yang memerlukan Control Panel.
masa mula2 dulu guna windows 10,agak pening juga
saya cari control panel, tapi itu bukanlah masalah sangat
sebab kita boleh klik saja setting dan kalau just nak search simple setting
.macam mudahlah .
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
ye boleh access Control Panel dari Windows settings, tapi apa yg Thread Starter bgtau kalo tgk video tu, lebih kpd cara nak keluarkan Shortcut Control Panel yg 'dihilangkan' oleh Maikerosof.. & letak kat desktop..
so takyah susah2 nak taip2 lg kat dlm Windows setting punya search box.. ni yg saya faham..
mmg ada some function kene access Control Panel, takleh hanya di Windows settings tu..
mcm contoh nak tukar account user name kita pon kne buat kat Control Panel..
function yg koman2 tu boleh laa kat Windows settings..
Post time 28-12-2019 11:26 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by ninja boy at 28-12-2019 11:28 PM
trunks replied at 28-12-2019 04:37 PM
fuh lama gila tu Win Me hehe..awak masih guna ke?
Itu zaman sekolah dulu winme sgt simple dan mudah pakai berbanding win 10 complicated cari calculator text dll hidden. Sampai kena ask google utk mendapat jawapan.
Masa kerja aku suka pakai Snipping Tools, yg mcm gunting tu senang nak kopipes kat wassap. Kalau kat windows 10 mmg terpaksa guna search function. Windows 7 sebelum ni senang sikit nak cari.