|
Ramai yang memperkatakan tentang penyanyi Santesh yang kononnya 'menjawab' dengan juri tetap Datuk Seri Siti Nurhaliza ketika program Big Stage minggu sebelum ini.
Sejak itu, ramai mempertikaikan attitude atau sikap Santesh yang sukar menerima teguran katanya.
Foto: Gempak
Ini menyebabkan warganet 'bertepuk tangan' ketika penyingkiran peserta itu pada minggu ke-6 baru-baru ini.
Anda boleh membaca sendiri antara komen pedas di bawah:
Pun begitu, memetik laporan Astro Gempak, Santesh berkata dia menerima penyingkiran ini dengan hati terbuka.
"Ada pihak pernah berkata kepada saya, dalam kehidupan tidak selamanya kita akan berada di atas.
"Dengan umur yang sudah memasuki 31 tahun, sudah cukup untuk buat saya faham dengan keputusan malam ini.
"Ini saya baru jatuh dalam pertandingan. Untuk masa akan datang nanti, mana tahu single terbaharu saya pulak kurang mendapat sambutan daripada pendengar. Saya terima keputusan malam ini dengan tenang," katanya.
Meskipun ada pihak yang menyelar penyanyi ini, namun impak positif tetap dapat dirasai apabila jumlah pengikutnya semakin bertambah.
"Selepas memasuki program Big Stage, saya perasan jumlah pengikut di Instagram (IG) makin meningkat iaitu hampir mencecah 300,000 orang.
"Saya juga perasan nama saya sudah mula disebut-sebut oleh orang luar. Jemputan persembahan juga banyak saya terima cuma terpaksa ditangguhkan dahulu," ujarnya lagi.
Apa pula pendapat anda? - CARI
|
|