Bila bercakap soal tubuh badan, bukan sahaja wanita yang kisah gemuk dan kurus. Lelaki zaman sekarang pun boleh tahan kisahnya dengan bentuk badan sendiri.
Maka, berbondong-bondonglah lelaki cuba buat badan jadi sado dan berketak-ketak ototnya.
Lelaki pun berlumba buat badan. Foto: Google
Tetapi, sebuah kajian dibuat Planet Fitness membuktikan wanita sebenarnya lebih gemar lelaki "papa buncit" berbanding lelaki sado.
61 peratus wanita yang ditemui mengatakan mereka lebih sukakan lelaki "papa buncit" kerana ia menunjukkan lelaki tersebut yakin dengan bentuk tubuhnya dan badan itu lebih seksi.
Mana lagi wanita suka? Foto: Google
Malah, 47 peratus lelaki yang ditemui pula berkata, bentuk tubuh "papa buncit" membuatkan mereka lebih selesa dengan penampilan berbanding bentuk tubuh yang terlebih sado.
Bentuk tubuh "papa buncit" ini merujuk kepada sedikit buncit bukannya buncit gemuk gedempol ya. Jangan salah anggap.
Suka ke Shaheizy Sam buncit sikit? Foto: Cari.com
Pastinya, ramai lelaki lega mendengar khabar ini. Jangan terlebih buat badan, nanti yang datang bukan wanita, tetapi lelaki juga!
Jason atau Zul jadi pilihan?
Foto: Google
Atau selaku wanita, anda memang suka lelaki sado? - CARI |