Popular menerusi program realiti Akademi Fantasia, Nana Mahazan sedar dirinya tidak boleh menyanyi dan memilih untuk mengetengahkan bakatnya dalam bidang lain.
Minatnya terhadap bidang nyanyian terpaksa diketepikan, namun masih memandang positif tentang masa depannya dalam industri seni.
Foto: Instagram Nana Mahazan
Menurutnya lagi, dia suka akan bidang pengacaraan dan bersyukur dengan kerjaya seninya sekarang walaupun belum berkesempatan untuk memenangi sebarang anugerah.
Dia sentiasa berusaha untuk berikan yang terbaik dalam hasil kerjanya walau tidak semua menyukai cara dirinya mengacara dalam sesebuah program.
Tambah Nana lagi, setiap orang mempunyai kelebihan dan kekurangan dengan bakat masing-masing.
Nana berkongsi luahannya itu melalui program The Sherry Shown ketika menjadi tetamu jemputan dan memuat naik di Instagram.
Baguslah Nana terima hakikat akan kekurangan diri. Apa yang penting adalah untuk sentiasa berfikiran positif dengan bakat yang ada. - CARI
|