CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2472|Reply: 14

Netizen Tanya Apa Sudah Jadi Dengan Janji Harga Petrol RM1.50 Seliter?

[Copy link]
Post time 8-10-2019 10:42 AM | Show all posts |Read mode
Subsidi bersasar dan pengapungan harga petrol RON 95 akan dilaksanakan mulai 1 Januari 2020. Kredit foto: Carian Google




Setelah hampir dua tahun memerintah, kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengumumkan pemberian subsidi petrol RON 95 bersasar sebanyak RM30 kepada pemilik kereta dan RM12 untuk pemilik motosikal setiap bulan mulai 1 Januari 2020.


Pengumuman yang sekian lama dinanti-nantikan itu dibuat oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam sidang media di Putrajaya pada 7 Oktober.




Saifuddin Nasution Ismail (tengah) pada sidang media khas pengumuman Program Subsidi Petrol di Putrajaya. Kredit foto: Facebook




Secara purata, pemilik kereta bakal menerima subsidi sebanyak RM1 sehari, manakala pemilik motosikal pula menikmati penjimatan kos petrol sebanyak 40 sen sehari.


Memetik rakaman video pengumuman subsidi petrol yang disiarkan melalui laman Facebook rasmi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Saifuddin menjelaskan kira-kira 2.9 juta rakyat di Semenanjung Malaysia berpendapatan RM4,000 ke bawah bakal menerima manfaat daripada subsidi tersebut.







Manakala, harga petrol RON95 di Sabah, Sarawak dan Labuan tidak tertakluk kepada mekanisme apungan harga (APM) akan dikekalkan pada harga semasa iaitu RM2.08.




Kredit foto: Sinar Harian




Rata-rata netizen tidak berpuas hati dengan pengumuman subsidi petrol bersasar itu kerana pemimpin PH sering mencanangkan kononnya harga minyak akan diturunkan sehingga RM1.50 seliter apabila mereka berjaya menawan Putrajaya.


Justeru, mereka kesal kerana walaupun PH kini berkuasa, janji manis itu bukan sahaja tidak menjadi kenyataan, malah majoriti pengguna kenderaan terpaksa membayar kos petrol RON 95 pada harga yang lebih tinggi sekiranya harga minyak di pasaran dunia melambung.




Kredit foto: Facebook




Kadar subsidi yang diumumkan juga disifatkan seperti melepaskan batuk di tangga kerana jumlahnya terlalu kecil untuk benar-benar membantu meringankan beban pemilik kereta dan motosikal.


Ada juga komen-komen nakal yang bertanya sama ada kerajaan telah membincangkan tentang mekanisme subsidi petrol bersasar itu dengan Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli kerana kedua-duanya lantang memperjuangkan kempen turun harga minyak satu ketika dahulu.




Kredit foto: Facebook




Sebelum berkuasa, memang mudah berjanji. Tetapi, bila diberi mandat tidak semuanya dapat ditepati. - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2019 11:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Petrol dah tukar jadi kencing hancing
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2019 11:48 AM | Show all posts
haaa spe yg mengudi tu, nk sangat dunia bru kan...
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2019 12:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Bodoh lu cacai. Manifesto ph tak pernah ada harga petrol 1.50
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2019 01:00 PM | Show all posts
lepas ni kalu mana2 calon berkempen janji mcm2 soh buat agreement pastu.......ambik lawyer kalu dah menang janji x leh tunai maka terlucut laa dia sbg YB......PH punya cara dah lagi teruk dari BN....mcm sajer nak gali kubur utk diri sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2019 02:15 PM | Show all posts
padan laa muka sape calit PH hari tu...lepas ni nak pilihanraya lagi xpayah percaya janji2 politik ni..semua pemongak je...baik BN baik PH..tapi lagi teruk zaman PH ni laa...memang sampai bila2 PH ni melingkup...ko tunggu laaa lagi 3 tahun ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-10-2019 02:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Lapiji pun dah nyorok dalam gua. Formula tak boleh pakai
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2019 02:43 PM From the mobile phone | Show all posts
pokaibanktokyo: Bodoh lu cacai. Manifesto ph tak pernah ada harga petrol 1.50


Kau yang buduh pangkah ph
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2019 05:34 PM From the mobile phone | Show all posts
bagus lagi zaman pak lah..satu keta dapat 700++..motor 200++..keta kalu ada 5 kalikan 5...ok lah jgk mcn tu
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 01:54 AM | Show all posts
kakyungpilah85 replied at 8-10-2019 06:15 AM
padan laa muka sape calit PH hari tu...lepas ni nak pilihanraya lagi xpayah percaya janji2 politik n ...

i tak undi PH. i undi Dr Mahathir atas experience dia jadi PM ke 4. Seandainya BN masih memerintah. Parti BN satu satunya kerajaan
di dunia ... yang memeritah lama tak tukar tukar MENGALAHKAN Muhamaad Gadafi. Muhammad Gadafi memerintah selama 62 tahun.

i memang kecewa sangat. kalau yang buat hal tu PAS atau DSAI i boleh terima kerana dua dua tiada pengalaman memerintah Malaysia.

tapi yang ni.......
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 02:08 AM | Show all posts
Edited by gigahertz at 8-10-2019 06:10 PM
sidewinder replied at 8-10-2019 05:00 AM
lepas ni kalu mana2 calon berkempen janji mcm2 soh buat agreement pastu.......ambik lawyer kalu dah  ...

I rasa ada konspirasi nak mengenakan Tun M . ada seseorang nak buat rakyat mengamuk dan marah pada Tun. I rasa GST / harga minyak ni
tak perlu pun...boleh je follow macam kerajaan lama buat....kalau kita perhatikan dalam kerajaan kita sekarang ...majoriti oleh DAP.
position paling penting ( perbendeharaan negara ) di jaga oleh DAP. dan banyak jawatan jawatan lain di pegang oleh DAP . yang sorang
menteri DAP tu sampai satu tahap boleh kahwin dengan anak CEO IOI Group. dan ahli ahli DAP ni NON MUSLIM at ALL.

Kat Malaysia ni...yang i tau... syarikat cina kalau meniaga orang melayu boleh kerja ramai ramai happy happy di kilang/syarikat cina berpuluh tahun.
tapi kalau orang melayu punya kilang atau syarikat i TAK PERNAH TENGOK  majoriti cina kerja dalam tu lama lama . biasanya kaum cina di malaysia pegang position penting penting dalam syarikat. yang melayu / muslim jadi kuli. jadik cashier jadik pemandu jadik rider food panda yang kena panas hujan kena maki potong gaji biasanya melayu la. kalau kes 7-11 kena samun kena tetak denga parang kalau tak pekerja tu india confirm melayu. tak pun warga asing. mana anak cina keje 7-11. kalau ada pun bumiputera sabah sarawak. bahasa melayu pun fluent.

sepatutnya dalam satu organisasi atau syarikat bila kita appoint seseorang tu jadi manager ke jadi accountant ke apa apa jawatan la . kita as pemilik atau tuan syarikat tu tak boleh buta buta accept apa orang bawah kita propose....kita kena tapis kena perhati kena tengok. bukan bulat bulat percaya bukan bulat bulat serah urusan 100% . Tugas mereka itu semua meringankan tugasan kita. bukan mengggantikan kita.

I rasa Tun realize bende ni .. tapi dia keseorangan dan terperangkap.
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 04:22 AM | Show all posts
aku cadangkan Tun serahkan je kuasa kat Nuar sebulan sebelum PRU15.

pastu Tun join BN.

BN menang PRU15.

BN lantik Tun jadi PM ke 9.

Nuar jadi PM ke 8 sebulan je.
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 06:05 AM From the mobile phone | Show all posts
gigahertz replied at 9-10-2019 01:54 AM
i tak undi PH. i undi Dr Mahathir atas experience dia jadi PM ke 4. Seandainya BN masih memerintah ...

Sebab hari tu sebelum mengundi kemain sembang pungpang2 ckp nak bantu rakyat bagai.. Last2 ko ckp kerajaan dulu teruk dapat kat ko lagi teruk.. Igtkan pengalaman jd PM 2x ni leh la wat malaysia ni jadi gempak.. Tapi haruuu
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 07:16 AM From the mobile phone | Show all posts
rm30 sebulan????kahkah...peehhh bodo
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 07:55 AM From the mobile phone | Show all posts
rm30???peeehhhh bodo..wakaka
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 12:48 PM GMT+8 , Processed in 1.152095 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list