View: 2440|Reply: 8
|
Akhirnya! Zara Zya Mengaku Keluarga Hafreez Adam Sudah Merisiknya
[Copy link]
|
|
Umum mengetahui yang pelakon Zara Zya sedang hangat bercinta dengan pelakon Hafreez Adam. Perhubungan cinta mereka yang mula berputik sejak sama-sama membintangi drama Mona Lisa kini sudah hampir menginjak dua tahun.
Sering memuat naik gambar bersama di laman Instagram masing-masing, ramai peminat tertanya-tanya bilakah pasangan merpati dua sejoli ini akan membawa hubungan mereka ke peringkat yang lebih serius iaitu gerbang perkahwinan.
Kredit foto: Instagram
Selepas lama berteka-teki, Zara Zya sendiri telah membuka mulut dan mengaku bahawa keluarga Hafreez telah pun datang dan merisiknya pada 8 September lalu.
"Keluarga Hafreez sudah datang berjumpa keluarga saya untuk merisik pada 8 September lalu.
"Semuanya berjalan lancar dan atas permintaan keluarga, kami terpaksa adakan secara tertutup dan tidak umumkan mengenainya," katanya kepada Harian Metro.
Kredit foto: Instagram
Walaupun ada ura-ura pernah mengatakan sebelum ini bahawa jika boleh mereka ingin terus berkahwin tanpa mengikat tali pertunangan, namun Zara Zya sendiri telah memaklumkan bahawa mereka akan bertunang terlebih dahulu sebelum berkahwin.
"Kalau ikut perancangan, Insya-Allah akan ada majlis pertunangan. Apa-apa, kami akan maklumkan kelak," katanya.
Akhirnya, dah nak kahwin pun. Harap semua persiapan berjalan dengan lancar! - CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah, tahniah Zara & Hafreez. |
|
|
|
|
|
|
|
hmmm x kenal jantan ni.. next.. |
|
|
|
|
|
|
|
Elok letak kat thread gossip je |
|
|
|
|
|
|
|
Apa sal ada kat sini.. Dahlah salah rumah.. Artis suam2 je. Apa yg tular tu |
|
|
|
|
|
|
|
tahniah.. moga dipermudahkan urusan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Taniah dah bertunang zara zya & hafrezz
TT update tajuk
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|