Seorang bapa memberi alasan tidak masuk akal apabila dia memperkosa anak perempuannya sebagai 'hadiah hari jadi' mangsa yang ke-13.
Menurut The Sun, lelaki berusia 32 tahun itu mendakwa kononnya tidak mampu membelikan hadiah hari jadi buat anaknya.
Difahamkan, suspek kantoi melakukan perbuatan jijik itu oleh isterinya di rumah mereka di Chipaya, Bolivia.
Lelaki itu dikatakan menunggu isterinya keluar dari rumah dan memberi alasan mahu menemani anak mereka untuk menyambut hari ulang tahun kelahirannya sebelum merogol mangsa.
Walaupun diugut suaminya, wanita itu nekad menghubungi polis untuk melaporkan mengenai kejadian sebelum suspek ditahan pada 4 Oktober.
Kredit foto: Central European News
Ketika disoal siasat, lelaki itu selamba menjawab dia melakukannya kerana tidak cukup duit untuk membelikan hadiah hari jadi buat anaknya.
Oleh itu, dia dengan senang hati memutuskan untuk 'melakukan sesuatu yang istimewa' untuk dijadikan sebagai hadiah.
Suspek masih dalam tahanan, manakala mangsa dilaporkan sedang menerima kaunseling dan kes masih dalam siasatan.
Kredit foto: Central European News
Trauma budak tu dapat 'hadiah dari jadi paling istimewa' daripada bapa. - CARI |