Setelah nekad untuk bersendirian apabila cinta putus ditengah jalan, Kamal Adli belajar dari kesilapan lalu dan hanya mahu beri tumpuan pada perjalanan karier.
Banyak kali dia gagal dalam percintaan dan kini, dia hanya berharap jodoh itu datang sendiri seiring dengan kerjayanya.
Foto: Instagram Kamal Adli
Dia lebih tenang menikmati hidup tanpa teman istimewa dan tidak akan terkejar-kejar lagi dengan urusan jodoh ini.
Kamal juga mengakui tiada sesiapa yang mengisi kekosongan hatinya buat masa ini. Sejak terjun dalam indusri seni, dia tidak pernah berseorangan namun dia telah menyedari kesilapan tersebut dan menggunakan peluang yang ada untuk lebih berjaya dalam lakonan.
Dia tidak terlalu mengejar populariti walaupun berbakat juga dalam bidang lain seperti pengacaraan serta watak komedi.
Sejak memenangi juara Super Spontan, dia menerima pelbagai tawaran untuk projek di Astro Warna, namun memilih untuk berehat sebentar.
Itu adalah strategi Kamal untuk tidak membuatkan peminat bosan dan secara tidak langsung memeriahkan lagi industri hiburan.
Gandingannya bersama Uqasha Senrose dalam drama Setelah Terlafaznya Akad mendapat tempat di hati penonton sehingga diminta untuk bergandingan semula bagi menjayakan drama bersama.
Dia tidak mempunyai apa-apa halangan bersama Uqasha, namun lebih meneliti watak yang dilakonkan supaya tidak lagi sama hingga membuatkan penonton meluat.
Banyakkan berdoa tentang urusan jodoh dan harap Kamal menemui bidadari hidupnya. - CARI
|