Lawak lucah dalam kalangan pelawak tanah air memang tidak asing lagi. Ianya dianggap perkara biasa hinggakan pada setiap persembahan pun kita dihidangkan dengan lawak sebegini.
Seperti mana program Muzikal Lawak Superstar yang ditegur oleh juri, Dato Awie supaya mengelakkan jenaka sebegini kerana tidak sesuai dengan penonton yang pelbagai khalayak umur.
IG
Akhir-akhir ini pula, lawak lucah semakin diterima oleh anak-anak muda hingga ia menjadi mainan di bibir masing-masing. Seperti tiada apa-apa kata mereka. Pendakwah, Akhi Fairuz menerusi IG ML Studio mengupas isu ini.
"Ramai gunakan elemen lucah di tempat tak kena seperti pasukan bola 'dirogol' yang kononnya membawa maksud dibelasah. Ingat rogol ni benda main-main ke?"
Menurut Akhi lagi, jika dulu biasanya lelaki yang melawak lucah, tapi sekarang perempuan turut menyertai medan perbualan ini.
Google
Lebih membimbangkan ia menjadi budaya yang membarah hinggakan ibu bapa dan anak-anak kecil juga melontarkan perkataan yang sangat menakutkan untuk usia mereka.
"Ada youtuber yang menggunakan saluran ini untuk promosikan produk ketat, anjal dengan berlakon bergaul bebas lelaki perempuan. Ia harus dihentikan."
Jika dulu lawak lucah hanya digunakan sesama rakan baik sahaja tetapi sekarang ianya dilontarkan di khalayak ramai. Jika tiada siapa yang menegur, maka ianya akan dianggap normal dalam masyarakat.
Jom, kita hentikan lawak lucah ini. - CARI
|