CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12787|Reply: 219

[Tempatan] Nuramanina 3 tahun teman ibu kais sampah demi kelansungan hidup

[Copy link]
Post time 14-10-2019 09:38 AM | Show all posts |Read mode



USIANYA baru tiga tahun, tetapi Nuramanina seakan mengerti kepayahan ibu dan ayahnya bergolok gadai demi kelangsungan dua adiknya yang menghidap masalah jantung kronik.

Sepatutnya kanak-kanak sepertinya membesar dan ditatang penuh kasih sayang, tetapi anak sekecil ini sanggup ‘berkorban’ di saat ibu bapanya terpaksa mendahulukan keperluan dua adiknya.

Malah, kanak-kanak comel ini tidak pernah merungut apabila ibunya hanya mampu menyediakan nasi berlaukkan telur sejak adiknya dilahirkan kadangkala terpaksa ‘berpuasa’ kerana terputus bekalan makanan.

Tambah memilukan, setiap malam, selepas bapanya Mohamad Azroy Ali, 25, pulang bekerja dia setia menemani ibunya, Farah Idayu Mohd Shah, 29, menyelongkar tong sampah berhampiran rumah untuk mencari barangan terbuang seperti kotak dan tin untuk menambah pendapatan keluarga mereka.

Bagi ibunya, Farah Idayu, dia tiada pilihan kerana dua adik Nuramanina iaitu Nurfatihah dan Nuraisyah masing-masing setahun dan empat bulan memerlukan perbelanjaan besar selain perhatian lebih dan penjagaan rapi.

“Makan kami bercatu sampai orang beri ayam busuk pun kami goreng makan, kadangkala tambang teksi ke hospital pun saya terpaksa tebalkan muka meminjam dengan jiran tetangga.

“Jadi, saya rela selongkar tong sampah cari apa yang boleh dijual kerana saya bimbang jika tak anak-anak susah nak makan apatah lagi anak sulung, saya kasihan dia membesar tak macam orang lain badan semakin kurus sampai orang cakap saya tak pandai jaga anak.

“Kadangkala saya rasa anak sulung terabai, tetapi dia pandai berdikari...pandai ambil makanan sendiri dan rajin bantu saya.

“Mungkin dia faham (kedaifan keluarga) makan apa yang ada kadang-kadang hanya makan nasi bercatu dengan telur pun dia ok. Kalau tak ada (makanan) dia diam saja,” katanya ketika ditemui di rumah sewa mereka di Bandar Seremban Selatan di sini.

Menurut Farah yang berasal dari Mentakab, Pahang, setiap bulan mereka perlu menyediakan hampir RM1,000 bagi membeli susu khas buat dua anaknya itu.

“Anak kedua saya, Nurfatihah menghidap masalah jantung Tetralogy of Fallot (TOF) atau penyakit jantung konginetal sianotik selain Major Aorfa Pulmonary Colateral Arteries (MAPCA).

“Dia tidak boleh makan makanan pejal kerana dia cepat mengah apabila mengunyah yang menyebabkan badannya kebiruan. Jadi doktor mengesyorkan dia diberikan susu khas bagi menggantikan zat.

“Adiknya Nuraisyah pula menghidap jantung berlubang (VSD), Duktus Arteriosus Terbuka (PDA) dan tidak boleh minum susu sebarangan, dia akan muntah dan cirit birit mengakibatkan nafasnya menjadi laju.

“Kadang-kadang hendak membeli susu murah pun saya sampai tak ada duit, jadi saya cuba mohon bantuan dalam media sosial, tapi orang kecam.

“Bukan saya tak usaha, tapi dalam dunia ini saya cuma ada suami untuk jaga anak-anak, saya tiada keluarga, adik beradik mahupun mak cik, pak cik sebab saya anak yatim piatu,” katanya.

Farah berkata, mereka bergantung sepenuhnya kepada suaminya yang tiada pendapatan tetap sebagai pembantu pasar malam.

“Suami saya kerja pembantu pasar malam dengan upah RM50 sehari, kadangkala jika hujan upahnya berkurangan kerana tidak ramai pelanggan.

“Malam pula dia mengambil alih tugas menjaga anak kami, manakala pada hari cuti, dia tak sempat hendak rehat sambung lagi buat kerja apa yang boleh buat duit termasuk menukar minyak hitam kenderaan untuk menambah pendapatan.

“Sebenarnya sudah banyak kali kami turun naik jumpa pihak berwajib untuk dapatkan bantuan termasuk penempatan rumah awam, tetapi semuanya hampa sampai saya terfikir ini saja jalan terakhir dengan mencari barangan terbuang untuk bantu ringankan beban suami,” katanya sewa dan bil utiliti kerap tertunggak dan ditamatkan perkhidmatan.

Tidak cukup dengan ikhtiar itu, katanya, mereka juga bergolok gadai termasuk menjual kereta dan barangan rumah untuk kelangsungan hidup.

“Saya jaga anak dan usaha sebaik mungkin, bila saya susah saya cuba jual apa yang ada dalam rumah seperti sofa, televisyen...kereta semua untuk anak saya saja.

“Kadang-kadang saya sakit pun tak boleh pergi ke hospital sebab anak saya lebih memerlukan saya, saya cuma mengharapkan suami saja.

“Jika anak saya sakit ke apa ke saya tak mampu tengok, saya risau kadang-kadang malam hendak tidur pun saya takut sangat kerana nafas anak bunyi kuat, saya bimbang kalau buka mata anak saya dah tiada,” katanya.

Katanya, doktor memaklumkan tiada rawatan dapat dijalankan untuk menyembuhkan anak keduanya selain jangka hayatnya hanya mampu bertahan 15 hingga 20 tahun saja.

“Pakar mengesahkan tiada lagi harapan buat Fatihah kerana keadaannya kini 50-50, malah tiada ubat dan rawatan dapat dilakukan di Malaysia.

“Semakin membesar dia akan mengalami banyak komplikasi dan kerap masuk hospital kerana membiru, tidak boleh terkena panas dan pengsan kerana lemah imunisasi.

“Sebagai mak, tiada apa yang saya mahukan, Allah sudah tentukan jalan hidup macam ini, jadi saya terima dan reda.

“Cuma berharap satu keajaiban supaya Allah panjangkan umur anak saya beri masa lama sikit dengan saya pun alhamdulillah saya bersyukur.

“Harapan saya kerajaan sudi ringankan beban kami sekurang-kurangnya menempatkan kami di perumahan awam kerana dengan itu kami dapat jimat bayaran rumah RM500 sebulan,” katanya hanya Fatihah menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM200 sebulan.

Orang ramai yang ingin meringankan beban keluarga ini boleh menyalurkan bantuan ke akaun Ambank 8881031641971.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 14 Oktober 2019 @ 6:45 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2019 09:56 AM | Show all posts
muda lg, dh anak tiga, pas ni sila cerdik sikit, guna period calender utk cret dalam... klu idak mau dekat 8 menjelang 40an nti
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2019 10:03 AM | Show all posts
sedihnya cerita ni.....


ni dekat dengan kampung aku ni....manakah alamat detailnya....boleh pegi hantar apa2 yang patut....

ujian Allah x sama...
mereka di uji dgn kesempitan hidup...

apapun anak dia comellll ya amat yang perempuan besar tu....

Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2019 10:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Comel comel anak dia ..
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2019 10:13 AM From the mobile phone | Show all posts
manehnya replied at 14-10-2019 09:56 AM
muda lg, dh anak tiga, pas ni sila cerdik sikit, guna period calender utk cret dalam... klu idak mau ...


kisah biasa kat Msia. dah tau susah tp tetap beranak tiap tahun

@whitemusk
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2019 10:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Yang penting makanan tak putus. Biasanya masjid-masjid ada sediakan bank makanan. Susu khas tu yang agak susah sedikit. Harap ada NGO atau individu yang sudi taja bekalan susu khas untuk anak yang sakit itu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-10-2019 10:19 AM | Show all posts
Peterpan17 replied at 14-10-2019 10:13 AM
kisah biasa kat Msia. dah tau susah tp tetap beranak tiap tahun

@whitemusk

Kelaziman mereka2 ini. Anak2 tu rezeki katanya.
Tak berani nak komen lebih2, nanti dihencap umah.

Cuma aku pelik, kenapa ayam busuk pun makan, tak pasal2 makin sakit anak tu nanti
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2019 10:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Eric.n9 replied at 14-10-2019 10:19 AM
Kelaziman mereka2 ini. Anak2 tu rezeki katanya.
Tak berani nak komen lebih2, nanti dihencap um ...

konsep anak itu rezeki ummah meleis sd  byk lari terpesong. anak ramai bersusun mcm paku kononnya rezeki tp hidup meminta minta
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2019 10:29 AM | Show all posts
Peterpan17 replied at 14-10-2019 10:23 AM
konsep anak itu rezeki ummah meleis sd  byk lari terpesong. anak ramai bersusun mcm paku kononnya  ...

Ramai lupa, yang anak2 tu bukan setakat rezeki, tapi amanah dari yang Memberi.Mampu atau tidak untuk menjaga amanah tu?.
Ramai terlupa, kena tengok dari kemampuan diri, kewangan keluarga, kesihatan isteri dan pandai atau tidak mengurus keluarga.



Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2019 10:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Eric.n9 replied at 14-10-2019 10:29 AM
Ramai lupa, yang anak2 tu bukan setakat rezeki, tapi amanah dari yang Memberi.Mampu atau tidak unt ...

exactly!!! derang ni ingat makbapak yg zalimi anak begini tak berdosa ke. amanah yg di beri to di sia sia kan
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2019 10:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 14-10-2019 10:32 AM
Iols geram nak komen kat metro tadi tapi takut kena serang acik bawang plak.

Anak dia yg sulong t ...

confirmlah beranak lg tahun depan. anak tu rezeki konsep org mcm ni walau makan ayam busuk
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2019 10:34 AM | Show all posts

Hantar pil pencegah pun berguna juga
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2019 10:35 AM | Show all posts
Eric.n9 replied at 14-10-2019 10:19 AM
Kelaziman mereka2 ini. Anak2 tu rezeki katanya.
Tak berani nak komen lebih2, nanti dihencap um ...

Bermakna ayam busuk itu lah rezeki

faham nggak?
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2019 10:39 AM | Show all posts
Peterpan17 replied at 14-10-2019 10:33 AM
exactly!!! derang ni ingat makbapak yg zalimi anak begini tak berdosa ke. amanah yg di beri to di  ...

Tambah skit lagi, takut ramai yg silap paham,
Mmg lah anak2 tu rezeki, kan dan ditentukan ada rezeki utk anak tersebut.
Tapi klu mak bapak tak cari rezeki utk anak2 tu takdenya sampai rezeki tu.
Ini berbalik kepada bab pengurusan keluarga tadi, huhuhu.

Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2019 10:40 AM | Show all posts
white_musk replied at 14-10-2019 10:34 AM
Hantar pil pencegah pun berguna juga

knp pulak nak hntar pil tu....huhuhu...kan ada bgi thu tu anak dia kena minum susu khas...susu yang x khas pun dah mahal...apatah lagi susu khas..anak dia dua2 sakit tu kesian pulak aku bacanya....

sometimes bila org tu kurang pendidikan...mereka akan kurang kesedaran pasal pil pencegahan kehamilan ni....
level of education tu memainkan peranan penting dlm membuat keputusan dan plan kehidupan...

laki dia buat kerja kan...pastu sabtu ahad buat keje jugak...

entah la....apa boleh di tolong...tolong...




Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2019 10:42 AM | Show all posts
Peterpan17 replied at 14-10-2019 10:13 AM
kisah biasa kat Msia. dah tau susah tp tetap beranak tiap tahun

@whitemusk

ye lah anak tu rezeki, tp menzalimi anak2 pun satu bentuk kekejaman jugak okeh

pliz laa guna otak tu, jgn guna konek je bapak pun
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2019 10:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Eric.n9 replied at 14-10-2019 10:39 AM
Tambah skit lagi, takut ramai yg silap paham,
Mmg lah anak2 tu rezeki, kan dan ditentukan ada rez ...

tulah, meminta minta lbh mudah bg derang sebab mesti ramai yg kesian. psl tu aku tak pernah bg ikan pd org mcm ni. aku bg joran supaya derang blh cari mkn sendiri bukan meminta minta, percayalah, ramai yg sentap dgn konsep aku buat ni. ayat klise, blm kena batang hidung sendiri. mcmlah aku bukan dr family susah, tp aruah pak aku dgn mak tak pernah meminta minta. derang kerja cari duit. apa apa kerja janji halal. bukan meminta minta tanpa buat apa apa
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2019 10:46 AM | Show all posts
Golongan ugamawan tidak pernah menegur golongan sebegini
jadi ia menyusahkan semua orang.
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2019 10:49 AM From the mobile phone | Show all posts
manehnya replied at 14-10-2019 10:42 AM
ye lah anak tu rezeki, tp menzalimi anak2 pun satu bentuk kekejaman jugak okeh

pliz laa guna ot ...

post kita sama. anak rezeki tp menzalimi anak pun mak pak ada share dosanya. ini ramai ummah melayu tak faham
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2019 10:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Baru nak kesian bila tgk ibunya pangku baby terus turn off. Org mcm gini dah boleh kot pisahkan mak n ank. Kasi peluang utk ank ubah hidup. Kasi dkt org2 kaya yg nk ank / ank angkat. Sb mak nya jenis xfaham maksud amanah tu apa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 10:16 AM GMT+8 , Processed in 0.082138 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list