CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 7921|Reply: 60

Label Pekerja E- Hailing Kerja Tidak Bermaruah, Pensyarah UPM Mahu Saman Penyeba

[Copy link]
Post time 15-10-2019 11:06 AM | Show all posts |Read mode
Seorang pensyarah dari Universiti Putra Malaysia mengundang kemarahan netizen kerana menyifatkan status pekerja dalam industri perkhidmatan e-hailing sebagai kerja tidak bermaruah dalam sebuah rancangan bual bicara televisyen baru-baru ini.


Video itu tular kerana kenyataan yang dikeluarkan pensyarah tersebut ternyata sangat kontroversi dan tidak disenangi oleh netizen terutamanya para rider dan runner.





Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata banyak hati terluka. Warganet berasa kecewa kerana kenyataan itu datang dari seorang pensyarah di universiti awam terkenal Malaysia.



Kredit foto: FB




Ekoran itu Universiti Putra Malaysia (UPM) mengarahkan pensyarahnya memohon maaf secara terbuka terhadap pihak yang terkesan dengan kenyataan tersebut menurut Pengarah Pejabat Strategi Korporat dan Komunikasi UPM, Profesor Dr Azmawani Abd Rahman yang dipetik dari Sinar Harian.


Walaupun kenyataan Profesor Madya Dr Mohd Yusof Saari adalah pendapat peribadi beliau dan tidak menggambarkan pandangan rasmi UPM, kenyataan tersebut tersebut dilihat agak provokatif, menyinggung dan memberi persepsi negatif pada pekerja e hailing khususnya dan UPM umumnya.


Ular yang menyusur akar tidak akan hilang bisanya. Dr Mohd Yusof Saari telah mengemukakan permohonan maaf dan mengambil iktibar atas perbuatannya.


Kredit FB Dr Mohd Yusof Saari



Beliau tidak berniat menghina mana-mana pihak sebaliknya mahu kerajaan menyediakan peluang pekerjaan bersesuaian mengikut kelulusan graduan.


Namun begitu, beliau akan mengambil tindakan undang-undang ke atas individu serta pihak tidak bertanggungjawab yang menjadi pencetus kekeliruan, salah faham dan fitnah terhadapnya.


'Kini, saya dalam proses mengambil tindakan undang-undang ke atas individu serta pihak tidak bertanggungjawab yang memanipulasi, menyebarkan fitnah, ugutan serta tohmahan yang tidak berasas terhadap saya,' katanya memetik laporan Harian Metro.


Semoga kejadian ini memberi pengajaran pada kita semua. Kebebasan bersuara jangan disalahguna. Hati-hati mengeluarkan pendapat dan memberikan komen di alam maya dan media elektronik.- CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2019 11:24 AM | Show all posts
xfhm.....dah buat permohonan maaf...why nk amik tindakan atas kekeliruan sma tuh?
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2019 11:30 AM | Show all posts
msdummy.2018 replied at 15-10-2019 11:24 AM
xfhm.....dah buat permohonan maaf...why nk amik tindakan atas kekeliruan sma tuh?

nampak sgt x ihklas minta maaf..dia salah dia nak cari org yg kecam dia plak..stupid gila org camni..
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2019 11:32 AM | Show all posts
sape2 yg nk deliver makanan kat si tolol ni tolong selit sekit taik idung korng dalam makanan dia..
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2019 11:35 AM | Show all posts
Mfzg89 replied at 15-10-2019 11:30 AM
nampak sgt x ihklas minta maaf..dia salah dia nak cari org yg kecam dia plak..stupid gila org camn ...

tuhlah aku xfhm...kalo dia rasa pendapat dia betul..just stand up jer lah.....
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2019 11:37 AM | Show all posts
Hurm tak nampak dia ni betul2 nak back down...
Why pasal nmpk dia salurkan benda ni dgn cara nak saman pihak lain plak.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-10-2019 11:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia nak orang takooooootttt namati dgn dia kerr. Eh hello... aku taxpayer... duit tax aku bayar gaji ko. Ngko tu yg mulut hansuang pastu ujung bulan tadah tgn mengemis duit gomen
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2019 11:54 AM | Show all posts
live sisthur..

live keluar dalam tv.. meluncur je perkataan tak bermaruah tu keluar dari mulut kau..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2019 12:04 PM | Show all posts
hahaha fitnah la plak.......... ko dah dpt keje sedap mmg la sedap2 mulut pandang rendah keje org lain.....
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2019 12:07 PM | Show all posts
tengok muka pun tau jenis berlagak mamat nih
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2019 12:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Hati yg busuk, terserlah di luaran juga..
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2019 12:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Pensyarah mahu saman penyebar fitnah.


Siapa yg fitnah siapa kat sini haaa
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2019 12:22 PM From the mobile phone | Show all posts
He himself cakap pun tak fluent walaupun dalam BM. Kesian UPM.
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2019 12:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Saman la...dasar mulot logkang...nak kena sagat
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2019 12:32 PM | Show all posts
oh my iols kenal Dr yusof ni pernah meeting dgn dia.

in real life very charming gitu. curious dah kawin ke sbb nampak muda mcm 30an gitu
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2019 12:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku pun boleh cakap. Pensyarah yg jd pensyarah pun seorg yg  gagal dan tak bermaruah.
Kalau dia berjaya, dia patut dah bekerja dalam bidang based on degree yg dia ambil,  bukannya sambung master jadi pensyarah.

Shit la.. kata kat orang yg cari rezeki halal tak bermaruah. Macam ni ke kualiti pensyarah Universiti awam Malaysia?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2019 12:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Malaysia.Doom at 15-10-2019 12:35 PM

NI Macam Melayu zaman dulu la.

Konon Cina berniaga tak bermaruah Macam begger, promote Sana, promote sini, offer Sana, offer sini.

Lepastu tadah tangan terima duit Macam peminta sedekah.

Hujung2 Cina Kuasai Marketing Chain

Bodohkan otak Melayu...asyik2 malu, asyik2 Maruah, baik Mampus je
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-10-2019 12:37 PM | Show all posts
helicornia replied at 15-10-2019 12:32 PM
oh my iols kenal Dr yusof ni pernah meeting dgn dia.

in real life very charming gitu. curious dah ...

Lahir tahun 79... baru 40 tahun nih
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-10-2019 12:38 PM | Show all posts
Mfzg89 replied at 15-10-2019 11:32 AM
sape2 yg nk deliver makanan kat si tolol ni tolong selit sekit taik idung korng dalam makanan dia..  ...

hahaha sabo jela..
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2019 12:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by TravellingBear at 15-10-2019 12:48 PM
helicornia replied at 15-10-2019 12:32 PM
oh my iols kenal Dr yusof ni pernah meeting dgn dia.

in real life very charming gitu. curious dah ...


Dia kenal ngko sbg apa? Driver E-hailing ?

Kalau tak mmg heshe charming ngan ngko

Jumpa dia tahun bila? Time tu dia MEMANG 30-an. Tahun ni baru je sambut bday ke 40 bulan ogos baru ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 11:22 PM GMT+8 , Processed in 0.644521 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list