Bulan Oktober merupakan tempoh peralihan monsun, semasa tempoh peralihan monsun ini, kebanyakan kawasan di negara akan menerima tiupan angin lemah dari pelbagai arah.
Dalam erti kata lain, Monsun Timur Laut yang berlaku dari bulan November ke Mac ini membawa hujan lebat di negara kita terutamanya kepada negeri-negeri di pantai timur Semenanjung Malaysia dan barat Sarawak.
Kredit Foto FB Echan Al-Ikhsan
Seorang pengguna FB telah berkongsi video beberapa remaja di kawasan kejiranan Taman Idaman Kluang Johor bermain 'Sunway Longkang' 'memanfaatkan' keadaan yang berlaku ketika itu.
Lihat video :
Video ini mendapat 630 kali tanda suka dan telah dikongsi sebanyak 2.5k kali. Rata-rata warganet berasa seronok melihat gelagat remaja berkenaan meluncur laju di dalam longkang tersebut.
Malah ada juga warganet yang terkenang kisah zaman kanak-kanak dahulu..
Namun ada juga komen dari warganet yang merasakan perbuatan ini mengundang bahaya.
Penulis pasti aspek keselamatan telah diambil kira sebelum aktiviti ini dilaksanakan.
Apapun reaksi warganet, yang nyata remaja-remaja berkenaan telah mencipta suatu kenangan indah yang bakal diceritakan pada anak cucu mereka kelak.
Termasuklah aftermath kemungkinan kena pukul dengan mak ayah lepas video ini menjadi viral.
Amacam? Korang ada pengalaman yang sama tak masa zaman kanak-kanak dulu? - CARI
|