"Jangan kerana sesuap nasi, awak sanggup bagi headline yang menganiayai orang lain."
Marah betul Siti Sarah Raissuddin kali ini. Semuanya gara-gara laporan portal yang tidak bermaruah!
Disebabkan tajuk artikel yang sangat sensasi menyebabkan Sarah memarahi penulis portal tersebut.
IG
Menurut Sarah, cara menulis portal tersebut sangatlah bertentangan dengan maksud yang dijelaskan dalam temu ramah sebelum ini.
Maklumlah rakan-rakan wartawan hiburan ada juga menulis cerita tetapi tidaklah sampai mereka-reka tajuk sensasi. Tajuk yang sangat berbahaya ini akan menimbulkan pelbagai fitnah dan spekulasi disebabkan tidak semua orang akan membaca penuh sesebuah artikel. Kebanyakannya hanya membaca tajuk dan membuat kesimpulan sendiri.
IG
Apatah lagi orang yang dikaitkan dalam artikel tersebut sudah berkahwin dan mempunyai kehidupan masing-masing.
Suaminya, Shuib Sepahtu dan Jihan Muse adalah kawan seindustri, jadi artikel ini mungkin mengundang kucar-kacir atau salah faham ramai orang.
Kemarahan Sarah ketara apabila membangkitkan kemungkinan terjadi penceraian, anak kehilangan ibu bapa hanya kerana laporan gosip yang tidak berasas.
Ig
Dengan tanda pagar #jangankeranacukurbululimaminitkausangguptengokorangbercerai sudah membuatkan ramai yang memahami kemarahan Sarah ini.
Rakan artis turut meminta Sarah bersabar serta mengutuk penulisan tidak beretika itu seperti Nurul Depp, Chef Zam serta pengamal media yang lain.
IG
Memahami memang banyak portal hiburan yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan mendedahkan banyak kesilapan boleh berlaku jika penulis portal tidak begitu memahami konteks perbualan.
Atau ianya sengaja dicipta bagi menimbulkan sensasi supaya artikel laku dibaca? Apa pun, semoga artis terus menegur jika ada kesilapan atau yang mengundang kejelikan. Harapnya, portal sebegini mengambil iktibar ya.
- CARI