Edited by Sang_Pencinta at 25-10-2019 08:21 AM
Tak sangka kerana viral isu disangka pondan, seorang wanita yang dikenali sebagai Cleopatra atau Cleo kini maju selangkah lagi ke dunia politik.
Kredit foto: IG
Semuanya bermula apabila wanita tersebut bersama pasukannya mengadakan lawatan kerja ke pejabat YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Menteri Belia dan Sukan.
Kredit foto: IG
Sebuah blog politik kemudiannya cuba mempergunakan video lawatan tersebut untuk mengaitkan YB Syed dengan golongan LGBTQ dan memulakan gosip kononnya Cleo adalah PA kepada menteri tersebut dan mempunyai jantina transgender.
Kredit foto: IG
Kebenaran kemudian terbukti apabila YB Syed Saddiq sendiri menjernihkan suasana dengan menjelaskan bahawa Cleo ialah seorang wanita sejati, ibu tunggal beranak dua dan bukannya PA beliau.
Tidak cukup dengan itu, gambar-gambar Cleo dari Instagramnya dan kenyataan daripada bekas suaminya mengesahkan lagi kebenaran tersebut.
Tapi siapakah sebenarnya Cleopatra? Ini sedikit CSI mengenai beliau.
Kredit foto: Carian Google
Kredit foto: Carian Google
Menurut Sinar Harian, nama sebenar beliau ialah Nur Fathiah Syazwana Shaharuddin, 25, dan pernah menggunakan nama popular Anna Dean ketika mencuba bidang seni lakon suatu ketika dahulu.
Beliau kemudiannya berkahwin dengan jutawan forex, Datuk Mohd Nasir Yaacob, 46, yang ditemuinya ketika menghadiri sebuah kelas Forex.
Gosip tidak sahih di alam maya mengatakan Datuk Nasir sanggup menceraikan isterinya yang baru bersalin ketika itu semata-mata ingin bersama dengan Anna.
Kredit foto: Rotikaya
Mereka dikurniakan dua orang cahayamata dan perkahwinan mereka berlangsung meriah dan mendapat liputan meluas termasuk Utusan dan TV3 sebelum bercerai beberapa tahun kemudian.
Sewaktu penglibatan singkatnya, Datin Anna Dean sempat berlakon sebuah drama, Dunia Generasi Baru di samping Ben Amir, Zahirah Macwilson, Fadlan Hazim, Kaka, Natasha Ellyza dan Erwin Dawson yang ditayangkan di TV3.
Kredit foto: Carian Google
Kredit foto: Carian Google
Kredit foto: Carian Google
Kredit Foto: Carian Google
Kini dipercayai terlibat dengan perniagaan e-sport, nama Cleo tiba-tiba memuncak naik semalaman berikutan gambar-gambar perbincangannya dengan YB Syed hebat diperkatakan di media social.
Kredit foto: IG
Mengambil peluang daripada panasnya nama beliau, Cleo kini mula menunjukkan minat dalam dunia politik. Beliau yang dulunya tidak pernah bercakap mengenai politik mula memuatnaik status berupa kata-kata sokongan kepada YB Syed Saddiq.
Tidak cukup dengan itu, beliau turut mendedahkan keanggotaannya dalam sebuah parti politik.
'Terima kasih kepada Kak Nikki kerana menerima kedatangan saya dalam Parti BERSATU, Cawangan Segambut' katanya lagi.
Kredit foto: IG
Selain itu, status-status dalam Instagramnya juga mula 'berbau' seperti kata-kata ahli politik.
'Contribution for rakyat. Not position. Having a position but not contributing to rakyat is just pointless' katanya dalm satu jawaban kepada follower.
'Fokus kepada isu rakyat, bukan politik fitnah dan gossip' tambahnya.
'Please teruskan sharing your thoughts here with me. I am taking notes of each of the comments here and will work on it' katanya persis ahli politik berpengalaman.
Kredit foto: IG
Adakah tanda-tanda ini menunjukkan bermulanya penglibatan mantan pelakon ini dalam dunia politik?
Kita nantikan. - CARI |